“Wow brendy pun ade, fatola ada tanam ke” – Netizen

Teringat min semasa PKP tahun lalu, selama dua bulan tu duduk rumah je. Jenuh tu tak usah ditanya. Tak bisa diungkap dengan kata-kata lagi, Ah gituu. Min pasti semua orang pun rasa yang sama dengan min kan. Masa tu la banyak hobi baru yang timbul. Tiap-tiap hari ada je keluar kat fb tentang hobi-hobi baru bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Kalau orang Malaysia min nampak gemar sangat dengan hobi memasak. Masak kuih la, lauk la, bermacam-macam lagi la.

Sehinggakan page Masak Apa Tak Jadi sangat popular dan viral bermula tahun lalu hinggalah ke hari ini. Saakit je perut ketawa melihat hasil masakan orang yang tak menjadi. Ada yang hitam macam arang, ada yang berbentuk aneh dan ada juga yang muka tu dah elok tapi rasa tu boleh letak dalam muzium dah, terlalu unik. Kahkahkah.

Macam Ajai, dia layan hobi dia yang suka berkebun. Ala, menanam sayur-sayuran gitu. Cukuplah sekadar nak hilangkan bosan dan keluarkan peluh, betul tak Ajai? Sekurang-kurangnya berpuas hati juga apabila sayur atau buah yang ditanam tu mengeluarkan hasil.

Bolehlah Ajai makan hasil titik peluh sendiri kan. Ewahhh. Masa PKP ni lah kita nak berjinak-jinak dengan hobi baru yang bermanfaat kan Ajai. Kalau asyik terperap je kat dalam rumah, stress juga tu. Nak jadi gilo pun ada. Nasib baik juga rumah Ajai ni ada halaman yang luas.

Kalau tinggal kat apartment atau condo ke, susah sikit la nak menanam. Kang di report pulak kalau laluan koridor dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan.

Ajai ni antara salah satu selebriti yang suka dengan aktiviti luar iaitu berkebun. Baru je 15 jam lepas, Ajai ada mengongsikan video beliau yang sedang fokus menanam benih jagung. Ajai turun berkebun ni full set tau.

Siap dengan berkasut but hitam, bertopi, seluar panjang tapi baju tak berlengan. Tak gatal ke digigit nyamuk tu Ajai? Kehkehkeh. Dalam video yang berdurasi lebih kurang 30 saat itu, Ajai memperlihatkan caranya menanam benih jagung.

Ajai tuang je sepeket benih jagung tu ke dalam pasu kemudian menutupinya dengan tanah hitam. Lucu je min tengok reaksi muka Ajai semasa menuang benih jagung tu ke dalam pasu. Geram je Ajai semasa menuang benih jagung tu ye, sambil gigit gigit manja bibir tu. Amboiiii, hahaha.

Simple nampaknya tutorial Ajai menanam jagung ni. Bolehlah ditiru nanti, manatau hasilnya banyak. Tak juga rugi kan.

Dalam videonya yang kedua pulak, Ajai mengongsikan hasil tanamannya sewaktu lockdown hari tu lagi. Wah, dah berbuah tanaman Ajai ni. Segar je nampak bendi dengan tomato yang ditanam Ajai.

Berbakat rupanya Ajai dalam bab-bab menanam ni. Tak tahulah bagi korang, tapi bagi min, min suka betullah nampak Ajai bercucuk tanam. Nyaman je hati. Mungkin sebab keadaan persekitaran yang menghijau kot. Macam Ajai cakap kat ruangan caption, ‘mantap’. Kalau dah berbudi dengan tanah, pasti kita dapat menuai hasilnya juga. Betul tak?

Rata-rata netizen juga turut memuji Ajai disebabkan sifatnya yang suka bercucuk tanam. Dah boleh jadi contoh bagi anak muda, kata salah seorang followers Ajai.

Sempat juga para peminat Ajai ni bergurau dengannya dalam ruangan komen. Ada juga yang sempat memberitahu Ajai cara menanam benih jagung yang betul.

Yang turut menarik perhatian min adalah apabila ada netizen yang mengatakan bahawa semua ni disebabkan oleh PKP. PKP ni sebenarnya membawa kebaikan juga dan faedah jika masa yang terluang itu diisi dengan hobi yang sihat.

Kalau pada mulanya mungkin kita tak pandai nak bercucuk tanam tetapi mempunyai minat dalam bidang ni, masa PKP la kita nak belajar menanam. Nescaya tak rugi juga masa lapang kita.

Memang tidak dapat dinafikan juga ada segelintir insan yang terkesan disebabkan pelaksanaan PKP. Setiap orang ada pendapat serta pengalaman yang berbeza semasa PKP dijalankan. Yang pasti, ianya sedikit sebanyak telah membawa perubahan dalam diri setiap keluarga atau insan.

Jadi bersyukurlah jika kita masih berpeluang dan mempunyai kesempatan untuk mempelajari hobi baru semasa PKP. Tanpa disedari, apabila kita mengeluh kebosanan kerana lockdown, ada insan diluar sana yang mengeluh kerana tidak cukup makanan.

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Jika anda sempat untuk melayan hobi anda semasa lockdown, ketahuilah bahawa anda sememangnya bertuah.

Sumber: Instagram Ajai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!