“Welcome to my life Faeq” – Sufian Suhaimi

Petang tadi penyanyi yang kini namanya kian meningkat naik, Sufian Suhaimi telah memuat naik instagram story bahawa dia ada berita yang ingin dikongsikan bersama kita semua. Mula-mula admin menyangkakan Sufian atau lebih dikenali dengan nama Baby Pian ini sudah bertemu dengan wanita yang bakal dijadikan suri hatinya, rupa-rupanya ada berita yang lebih menarik yang katanya belum pernah dikongsikan dengan siapa-siapa.

Baby Pian juga ada membuat undian berita yang ingin dikongsikan itu mahu dikongsi pada jam 6 petang atau 8 malam. Walaupun rata-rata netizen memilih jam 6 petang, tapi Baby Pian telah mengongsikan berita tersebut pada jam 8 malam tadi.

Menerusi status instagram Sufian malam tadi yang telah diletakkan tajuk “SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT” itu sudah memberi gambaran jelas tentang berita yang ingin dikongsikan olehnya. Memulakan perkongsiannya dengan mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki kepadanya, Sufian yang kini berusia 27 tahun menyatakan bahawa dia tidaklah terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab. Selain daripada kedua ibu bapa dan juga keluarganya, dia memerluukan satu tujuan lain untuk dia bekerja dengan lebih kuat lagi.

Ternyata keputusan untuk mengambil anak angkat ini bukanlah satu keputusan yang dibuat dalam masa sehari dua. Sufian berkata, banyak masa yang telah dia gunakan untuk mencari jawapan kepada kekosongan di dalam dirinya. Sepanjang proses mencari jawapan itu, Sufian menyatakan bahawa banyak masa yang telah dia luangkan untuk berbicara dengan Sang Pencipta, Allah SWT meluahkan segala isi hati yang terpendam. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang setia mendengar luahan isi hatinya.

Jawapan kepada persoalan kekosongan yang dirasai oleh Sufian itu mulai terlihat disaat-saat dia berjumpa dengan rakan-rakannya yang sudah memiliki cahaya mata. Dia dapat merasakan satu perasaan yang lain hadir dalam dirinya. Katanya, bila bersama-sama dengan kanak-kanak, dia merasakan dirinya lengkap.

Tambah Sufian lagi, mungkin masih belum sampai masa untuk dirinya menamatkan zaman bujang, namun dia dapat merasakan bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk dia mengambil anak angkat kerana padanya anak angkat itu juga salah satu rezeki daripada Allah SWT untuk dirinya serta seluruh ahli keluarganya.

“Welcome to my life Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.”

Diruangan komen, selain daripada pengikut-pengikutnya di instagram, rakan-rakan artis juga ramai yang memuji keputusan yang telah diambil oleh Sufian ini.

Kalau sebelum ini kita panggil dia Baby Pian, sekarang dah boleh tukar, panggil Ayah Yan pula. Nampaknya Ayah Yan dah jadi geng Hael Husaini. Mana tau esok lusa anak-anak diorang ni berjodoh. Jauh pula admin fikir.

Semoga Sufian dapat menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab serta penyanyang kepada anaknya, Faeq Razeeq.

Sumber: instagram Sufian Suhaimi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*