“Wartawan Amirul bg soalan blh buat sy tergelak, lawak xpernah habis”- Netizen

Sebut sahaja nama pengacara Ain Edruce pastinya akan terbayangkan telatah lucu Ain Edruce bersama suaminya Amirul Hafiz. Saluran Youtube pasangan berkenaan sering memaparkan video gelagat lucu mereka berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga seharian. Adakalanya apabila mereka berdua tidak sependapat menyebabkan suaminya Amirul sering beralah kepada isterinya itu. Kehidupan mereka kini semakin meriah dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Soraya sekitar Mei yang lalu.

Ain Edruce begitu terkenal dengan sikap gila-gila dan masuk airnya dan umum memang mengetahui karakter Ain yang sentiasa happy go lucky dan sering terhibur dengan gelagatnya.

Namun berlainan pula dengan suaminya kerana sebagai seorang ahli perniagaan, Amirul mungkin tidak begitu terdedah dengan dunia hiburan dan kurang mahir dalam memberikan reaksi serta berkata- kata apabila terpaksa muncul bersama Ain menerusi saluran Youtube tersebut.

Amirul yang mendirikan rumahtangga bersama Ain pada 13 Disember 2019 adakalanya kerap kali muncul di media sosial milik isterinya telah mengundang tumpuan para peminat yang kasihan namun terhibur melihatkan reaksi yang diberikan Amirul. Amirul dilihat sentiasa kelihatan pemalu dan blur ketika terpaksa melayani pelbagai permintaan isterinya itu.

Namun begitu hubungan pasangan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur kerana Amirul sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

Memuatnaik sebuah video baru yang memaparkan Ain sedang mempromosikan produk untuk menangani masalah rambut gugur selepas bersalin, Ain yang ketika itu sedang memangku anaknya Soraya meminta Amirul untuk bertanyakan beberapa soalan kepada beliau sebagai sesi soal jawab bagi beliau menjelaskan lebih lanjut mengenai produk berkenaan.

Namun begitu suara Amirul yang kedengaran agak lemah dan tidak bersemangat membuatkan Ain hampir naik angin dan geram. Ain terpaksa meminta suaminya itu supaya bercakap dalam nada yang lebih bersemangat demi menghidupkan suasana semasa rakaman tersebut.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini. Amirul pun sudah terpengaaruh agaknya dengan perangai masuk air Ain. Apatah lagi kini para peminat Ain sendiri pula sudah mula menyukai kemunculan Amirul di dalam setiap video yang dikongsikan oleh Ain.

Sebagai seorang suami, pujian harus diberikan kepada Amirul kerana sudi mengikuti apa sahaja permintaan isterinya untuk membuat video bersama malahan kelihatan sudah redha untuk muncul bersama Ain di saluran youtube mahupun dalam membantu Ain merakamkan video promosi atau tiktok.

Berikut dikongsikan beberapa reaksi netizen terhadap gelagat pasangan suami isteri berkenaan di dalam perkongsian video tersebut.

Sudah lumrah apabila mendirikan rumahtangga bersama artis dan seseorang yang dikenali ramai seperti Ain, kehidupan rumah tangga golongan akan sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, apabila aktiviti bersama suami atau isteri turut dikongsikan di media sosial.

Pasangan ini mengakui dalam kehidupan suami dan isteri memang perluukan tolak ansur. Namun begitu pujian harus diberikan buat Amirul kerana warganet telah melihat perubahan yang positif dan ketara pada Amirul apabila kini menjadi lebih santai dan kelakar semasa melayani kerenah isterinya.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*