“Walaupun sedih she tetap pusing” – Nabila Huda

Perangai artis ni makin hari makin menghiburkan min lihat. Ada sahaja aksi atau gelagat lucu yang mereka kongsikan melalui media sosial mereka. Seperti anak perempuan kepada vokalis terkenal Amy Search, Nabila Huda sering tampil di media sosial dengan ‘content’ yang lucu dan menghiburkan. Tidak hairanlah jika Nabila mempunyai followers Instagram sebanyak 3 million, selain berbakat dalam bidang lakonan, Nabila juga sering mengongsikan aksinya yang lucu menerusi kehidupan sehari-hariannya.

Nabila yang menggunakan nama kupu_kupu dalam akaun Instagramnya itu telah mengongsikan satu lagi video lucu berdurasi pendek kemarin, pada 14 jam yang lalu. Selama berkecimpung dalam dunia seni selama hampir 20 tahun, Nabila telah berjaya memenangi beberapa anugerah. Nampaknya, drah seni Amy Search ini sememangnya telah diwarisi oleh Nabila.

Nabila yang berperanan sebagai pengacara ataupun hos bagi program Melodi TV3 ini telah memuatnaik video beliau yang seakan-akan sedih sambil menyanyikan lagu ‘Jika aku bukan jalanmu’ nyanyian Afgan.

Namun yang menjadi perhatian netizen adalah gelagat Nabila yang lucu itu. Nabila juga turut menulis dalam ruangan caption postingnya ini “Walaupun sedih she tetap pusing” dengan emoji ketawa.

Pada mulanya, Nabila kelihatan benar-benar seperti orang yang baru putus cinta semasa dia memukul-mukul dinding kononnya dengan perasaan sedih yang membuak-buak.

Setelah itu, Nabila berpusing 360 darjah secara slow motion. Apa tidaknya para peminat Nabila ketawa terbahak-bahak dengan lakonan mantap Nabila ini. Lakonan ‘mantap’ Nabila ini telah ditonton oleh seramai 51,938 followers dan meraih sebanyak 53 komen.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Nabila yang sempat ber’slow motion’ ini. Namun, ada juga yang terpegun mendengar keenakan suara Nabila. Ujar netizen lagi, semakin ramai dan minat penonton dengan program Melodi TV3 apabila Nabila yang mengambil alih tugas sebagai hos rancangan tersebut.

Pasti saja para penonton gemar dengan sikap Nabila yang tak henti-henti membuat lawak. Kata seorang followers Instagram Nabila, Nabila sememangnya berbakat bukan sahaja dalam lakonan, tetapi juga sebagai pengacara, penyanyi malahan berwatak lucu gila-gila juga sangat berkebolehan.

Nabila yang dipilih sebagai pengacara program Melodi TV3 nampaknya merupakan keputusan yang paling tepat sekali. Sebelum ini, rancangan program Melodi TV3 telah dikendalikan oleh Awal Ashari dan Janna Nick, namun pada pertengahan Julai, tugas Awal dan Janna sebagai pengacara Melodi TV3 telah diganti oleh Nabila yang serba berkebolehan ini.

Cakap sahaja bidang apa, sama ada nyanyian, lakonan atau pengacara rancangan, semua akan dilakukan Nabila dengan cukup cemerlang. Sememangnya artis yang berkebolehan seperti Nabila sangat dialu-aluukan dalam industri seni negara kita agar industri ini akan berkembang dan terkenal hingga ke seluruh pelosok dunia.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!