“Walaupun ibu dah tua, ibu tetap isteri muda” – Azal

Kita semua sudah tahu bahawa menjaga orang kurang upaya ini bukanlah perkara yang senang. Ia memerluukan bukan sahaja fizikal malah juga mntal yang kuat dalam menguruskan golongan istimewa. Ramai dalam kalangan kita banyak menunaikan tanggungjawab mereka memelihara golongan istimewa dalam keluarga mereka dengan sebaiknya. Ya, tidak dinafikan mereka pasti rasa kepayahan itu namun mereka tetap teruskan menjaga dan mendidik dengan penuh kasih sayang kerana golongan istimewa ini adalah drah dging mereka.

Kita sedia maklum artis veteran yang masih aktif berlakon iaitu Zarina Zainuddin punyai dua orang anak istimewa iaitu Azal dan Azil. Zarina sering dilihat sebagai seorang ibu yang kuat dan sangat menyayangi anak-anak istimewanya.

Dalam mencuba mencari rezeki dalam industri hiburan, beliau juga membuat duit tambahan dengan menjual pulut kuning dan rendang ayam bersama anaknya Azal.

Anak beliau Azal yang berusia 25 tahun itu walaupun dikira sebagai anak istimewa, beliau sering dilihat bersama ibunya dan kadang kala membantu ibunya berniaga makanan. Beliau juga sering dilihat sangat menyayangi ibunya itu.

Kita juga selalu melihat Zarina tidak kekok menunjukkan dan perkenalkan Azal dan Azil di dalam media sosialnya. Baru-baru ini, beliau mengongsikan momen beliau bersama Azal di dalam kereta.

Dilihat di dalam video tersebut, Zarina menanyakan bilakah tarikh hari jadinya dan umurnya kepada Azal dan Azal dengan pantas menjawab soalan ibunya itu.

Selepas itu Zarina dengan nada gurau berkata kepada Azal bahawa beliau sudah tua. Namun jawapan Azal terus berkata bahawa walaupun ibunya itu tua, ibunya tetap memegang status bini muda.

Kasih sayang antara ibu dan anak juga terserlah dalam hubungan Zarina dan anaknya. Beliau juga sangat manja bersama anaknya itu walaupun anaknya sudah berusia 25 tahun.

Netizen sangat terhibur mendengar jawapan Azal yang sangat berterus terang. Ibunya juga dilihat terkejut mendengar jawapan Azal.

Anak istimewa juga punyai hati dan perasaan seperti orang normal. Mereka juga dapat memahami erti sedih dan gembira seperti orang lain. Jadi kita sebagai individu perlu lah menghormati mereka seperti orang biasa.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!