“Walau sederhana tp tetap anggun, tak perlu over” – Netizen

Sememanganya pasangan pelakon popular tanah air, Fattah Amin dan Fazura sudah cukup dikenali ramai. Fattah Amin yang bakal mengeluarkan Filem terbarunya Mat Kilau pada 23 Jun telah menghadiri tayangan perdana bersama isteri tercintanya, Fazura. Wah, tak sabar nya nak tengok filem yang berunsurkan sejarah tu kan. Semoga mendapat sambutan ramai.

Filem bersejarah yang arahan Syamsul Yusuf ini merupakan salah satu filem yang mengenang jasa-jasa pahlaw4n tanah air kita, iaitu Mat Kilau. Antara pelakon lain dalam filem tersebut ialah Ady Putra dan Beto Kusyairy.

Pada malam tayangan perdana tersebut, Fazura yang turut menemani suaminya itu, menjadi tumpuan netizen kerana berpakaian sederhana, tetapi tetap kelihatan cantik dan sopan. Yelah, Fazura kan cantik, pakai apa pun akan nampak cantik.

Fattah pula yang mengenakan baju pahlaw4n terdahulu, apa kurangnya. Dua-dua kelihatan segak dan bergaya. Dah macam pahlaw4n negara ya. Filem tersebut juga merupakan filem yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Fattah Amin.

Pelakon dan juga penyanyi Fattah Amin, pada 9 Jun lepas baru mengeluarkan single terbarunya yang berjudul PadaMU yang berkisarkan Ketuhanan dan berunsurkan kerohanian. Ha, korang dah dengar belum single terbaru Fattah ?

Fattah Amin juga menyeru orang ramai, khususnya peminat filem aksi dan sejarah supaya menonton Filem Mat Kilau tersebut. Wah, agaknya apa yang special sangat ye cerita ni ? Kalau nak tahu, kena tonton lah.

Kalau nak jumpa Fattah dan Fazura bolehlah ke pawangan pada hari yang telah ditetapkan,biasanya pada hari pertama filem ditayangkan. Mana tahu ada rezeki boleh jumpa pasangan romantik ni kan. Asyik tengok dalam kaca televisyen je, kali ni apa kata kita serbu pawangan jumpa mereka.

Antara komen netizen pada laman Instagram Fattah pada malam tayangan perdana ialah, “Cantiknya isteri Awang”, “Kak Faz cantik” , “Lawanya Fazura simple but GORGEOUS” rata-rata memuji penampilan mereka.

Justeru, peminat-peminat filem tanah air dan filem bersejarah, amatlah disarankan untuk menonton filem tersebut, supaya sifat cintakan negara dalam dipupuk dan disemai.

Sumber Ig Fattahaminz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!