Wahh, Ben Amir bangun pagi demi Mira Filzah, so sweet dorang ni

“Sweet Dream” drama yang tengah naik sekarang dengan adegen sweet, dan jalan cerita yang menarik apabila Putri seorang gadis bisu telah menemui cintanya dengan jejaka yang penuh misteri tetapi selalu membantunya. Watak yang di bawa Mira Filzah sebagai putri cukup membuat kita terpukau dengan gaya lakonannya santai sebagai gadis bisu. Ingatkan sweet dalam drama sahaja tetapi luar drama pun sweet juga mereka ini.

Melalui video yang di kongsikan radio hot fm, Mira Filzah di kejutkan dengan suara Ben ketika sesi temubual live di hot fm. Dalam video tersebut Ben Amir mengakui dia terpaksa tidur sekejap kerana shooting habis pkul 5 pagi, bangun pagi ini kerana nak berhai dengan putri, alahai sweet habis.

Mira Filzah akui susah untuknya rapat dengan Ben

Mira Filzah terpaksa tegur Ben Amir dulu, dan meminta nombor telefon Ben Amir dulu sebelum pembikinan drama sweet dream. Katanya lagi, Ben Amir seorang yang suka bawa haluan sendiri dan pemalu.

Drama bersiri Sweet Dreams arahan pengarah terkenal Michael Ang telah mula ditayangkan di slot astro ria. Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter Instagram, peminat juga gemarkan gandingan Mira Filzah dan Ben.

Sinopsis drama sweet dream

Putri seorang gadis bisu cantik berusia 26 tahun yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Oh my… !!

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya.

Tidak sempat menciuum tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.

“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.

Wah… Menarik ni! Jodoh kah si dia tuuu?

Nasib Putri sentiasa diduga. Ayah Putri tuu jahat tau! Dia nak jual Putri untuk melangsaikan hutang dia. Sanggup seorang ayah nak jual anaknya?!

Qash Adam seorang plukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Qash punya aura mysterious, boleh tahan garang, keras hati dan agaknya ada tokoh jadi samseng juga, banyak pintu dipecahkan dan sentiasa menang bila belasah orang. HAhaa..

Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Senang citer macam tak de kawan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Chewahhh….

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Bagaimana kah kesudahan drama Sweet Dream ini. Apakah konflik yang akan menduga mereka? Siapakah yang mencuri potret “berharga” dari Art Room Qash, kondo Qash. Yg ada access code cuma orang -orang tertentu aje?

Hurmmm… Jawabnya kena laaa tonton sampai habis sambil tengok hero hensem si Ben Amir yang semakin meletop ni…

Sumber : Ig hotfm /ninamirza

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*