“Wah Yusof dah puasa, sebak betul dah besar dah dia” – Netizen

Yusuf Iskandar Bin Hairul Azreen merupakan anak sulung kepada pasangan pelakon dan usahawan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Kanak-kanak comel tersebut lahir pada 3 Jun 2016 dan kini bakal menginjak usia 6 tahun pada bulan Jun tahun ini. Sudah lumrah menjadi anak kepada pasangan selebriti, kehidupan Yusuf sejak kecil sering di kongsikan oleh pasangan berkenaan di media sosial.

Para peminat pasangan ini mula mengikuti perkembangan kehidupan pasangan pelakon itu setelah Hairul Azreen membuat lamaran secara langsung kepada Hanis Zalikha di Pentas Akhir Gegar Vaganza pada Januari 2015.

Tindakan Hairul ketika itu menerima kritikan dan mencuri tumpuan masyarakat apabila beliau membuat lamaran secara terbuka kepada Hanis.

Namun pasangan selebriti ini bagaimanapun telah selamat mendirikan rumahtangga sekitar bulan Jun 2015 dan kini telahpun dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Di samping Yusuf Iskandar, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mempunyai seorang anak perempuan iaitu Alisa Aisyah yang di lahirkan pada May 2019 dan kini berusia 3 tahun.

Sejak daripada lamaran secara terbuka berkenaan, kehidupan pasangan selebriti ini sering menjadi tumpuan media.

Ramai peminat yang ingin mengikuti dengan kisah percintaan dan kehidupan rumahtangga pasangan ini. Apatah lagi ketika mereka berdua di kurniakan cahaya mata pertama iaitu Yusuf Iskandar.

Para peminat juga teruja dengan kelahiran anak pertama mereka dan sering mengikuti perkembangan kanak- kanak berkenaan di media sosial menerusi Instagram Yusuf Iskandar sendiri yang kini mempunyai 2.7 juta pengikut.

Kehidupan pasangan ini dan anak-anak mereka sejak dari awal lagi sering menjadi perhatian para netizen. Sebagai artis dan pasangan selebriti kehidupan peribadi mereka sering menjadi tumpuan orang ramai.

Mereka juga sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Menerusi media sosial Hairul dan Hanis juga, pasangan tersebut juga kerap berkongsi aktiviti harian yang mereka lakukan bersama anak-anak demi tatapan para peminat mereka.

Para peminat bukan sahaja tertarik dengan gelagat bijak dan kecomelan Yusuf namun rata- ratanya juga cukup mengagumi cara didikan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen dalam membesarkan anak- anak mereka.

Kecomelan kedua orang anak kepada pelakon aksi Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila kedua-dua anak kepada pelakon ini pernah memenangi Anugerah Top Meletop Era bagi kategori Si Cilik Meletop.

Anak pertama mereka iaitu Yusof Iskandar memenangi anugerah itu pada tahun 2017 manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula memenangi kategori yang sama pada tahun 2020.

Memandangkan umat islam kini sedang menjalani ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan, Yusuf Iskandar juga tidak ketinggalan untuk melakukan ibadah yang di tuntut dalam rukun islam ketiga itu.

Terkini menerusi Instagram, ibu bapa kanak- kanak berkenaan telah berkongsikan sebuah video yang memaparkan hari pertama Yusuf melakukan ibadah tersebut.

Kongsi Hairul lagi, Yusuf terjaga ketika waktu sahur dan menangis. Apabila di tanya kenapa menangis Yusuf berkata ingin berpuasa untuk peroleh pahala.

Video tersebut ternyata mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat Yusuf. Ramai peminat yang merasa terharu melihat kanak- kanak tersebut yang sanggup menahan rasa lapar sehingga keletihan.

Melihat anaknya yang kepenatan, Hairul tetap cuba memberikan semangat buat anaknya itu untuk cuba meneruskan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

Yusuf bagaimanapun berjaya meneruskan ibadah puasa tersebut sehingga tiba waktu berbuka. Di perkongsian sebelum ini, Hairul juga turut berkongsikan aktiviti beliau bersama anaknya menunaikan solat sunat terawih.

Menurut Hairul, Yusuf berjaya menghabiskan solat terawih sebanyak lapan rakaat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata para peminat berkata mereka merasa terharu melihat perkembangan Yusuf Iskandar.

Apatah lagi buat yang mengikuti kehidupan kanak- kanak berkenaan sejak dari bayi. Di setiap peringkat usianya, Yusuf mempunyai pencapaian sendiri.

Kini pada usianya bakal mencecah 6 tahun, Yusuf sudah pun berjaya menunaikan ibadah puasa dan juga solat sunat terawih.

Ruangan komen di banjiri luahan rasa bangga para peminat terhadap usaha Yusuf itu. Sehingga kini, video berkenaan mendapat sebanyak 506,166 tontonan dan menerima sehingga 887 komen. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap perkembangan Yusuf itu.

Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasangan ini. Sekejap je dah besar dah Yusuf. Alhamdulillah anak soleh Yusuf.

Kehidupan keluarga ini juga sering menjadi inspirasi kepada pasangan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam mendidik anak- anak serta berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.

Sumber: Instagram yusuf iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!