“Wah serba boleh lah dia”- Catriona Brian Ross

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Manusia juga dituntut untuk terus meneroka semua aspek dalam dirinya. Dan sudah tentu kelebihan seseorang boleh jadi satu kebanggaan diri. Namun kita janganlah sesekali lupa untuk menzahirkan perasaan bersyukur dengan nikmat pemberian Allah Swt. Allah Swt adalah pemberi segala kelebihan yang kita semua ada sekarang ini.

Buat usahawan dan jurumekap terkenal Dato Alha Alfa, umum ramai mengetahui Alha popular dengan bakat seninya sebagai seorang jurumekap. Hasil solekan oleh Alha yang sentiasa cantik dan kemas sentiasa dipuji ramai netizen.

Malah ramai selebriti Malaysia mengambil khidmat Alha sebagai jurumekap profesional mereka. Dari situlah Alha cukup dikenali dalam kalangan artis-artis tanah air.

Siapa sangka, Alha yang cukup berseni ini juga pandai membuat kek yang sangat cantik. Hasil kreativiti Alfa jelas terserlah dari kek yang dibuat. Bagusnya Alha, serba boleh.

Video Alha yang sedang membuat kek sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 64 telah mencuri tumpuan netizen dan rakan-rakan artis. Rata-rata netizen memuji bakat yang sedia ada pada Alha dan memuji kek cantik dari Alha serta buatannya yang cukup kemas. Tidak dapat disangkal lagi, Alha memang seorang yang berseni.

Alya yang telah berkongsi video itu di laman Instagramnya telah ditonton sehingga 300,000 tontonan dan 32,000 tanda suka.

Rakan rakan artis turut mnggalkan komen antara Catriona Brian Ross dan Rozita Che Wan.

Orang kata kalau memang dah berseni tangan tu,memang semua yang dibuat mesti serba cantik. Untungnya Dato Alha, berseni sungguh tangannya hehe..

Sumber: Instagram Alhaalfa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!