“Wah legend dapat jumpa dubbing suara Doraemon dan Nobita”-Netizen

Sebut saja kartun bersiri Doraemon, sudah pasti semua sangat mengenali setiap seorang karakter dalam kartun bersiri tersebut. Mana taknya, tu kartune legend kot, sudah pasti semua peringkat umur sangat tahu dan sempat menonton kartun tersebut. Apakah kartun feveret zaman kanak-kanak korang ? Cuba kongsikan di bawah.

Kartun Daroeman sudah pasti menjadi salah satu kartun kegemaran korang semua. Bukan saja main cahracter yang popular dan cerita tersebut, malah semua yang terlibat dan semua karakter sangat-sangat popular dan menjadi kegemaran ramai.

Apa yang paling epik ialah, Doraemon yang mempunyai suara yang sangat unik dan luar biasa. Kalau dengar saja suara tersebut, semua sudah sedia maklum bahawa itu adalah suara kepada watak utama dalam kartun bersiri Doraemon.

Tetapi, pernah tak korang semua terfikir, siapa kah sebenarnya gerangan yang membawa watak suara tersebut. Suara legend kot, sekali dengar dah tahu bahawa itu adalah suara kepada Doaremon. Setiap watak mempunyai suara nya yang tersendiri dan pelbagai intonasi.

Kali ini, ada dimuat naik video oleh Dayah Bak4r yang sempat beramah mesra dengan pelakon suara kepada karakter Doraemon dan juga Nobita. Wahh, sangat excited tengok semua yang ada dalam video tersebut. Korang kena tengok.

Tak sangka, empunya tuan badan sebenar adalah dua orang wanita. Seorang yang membawa watak sebagai Doraemon, seorang lagi yang membawa watak sebagai Nobita. Comel sangat tengok kedua-dua pelakon suara tersebut, rapat dan ramah.

Yang paling membuat kan kita semua teruja adalah setelah mendengar kembali suara yang mereka lakonkan tu. Wahh, memang seratus peratus sebijik sama macam dalam kartun tu lah. Teruja bila dapat jumpa Doraemon dan Nobita real.

Rata-rata netizen semuanya sangat teruja melihat pemilik suara kepada Doraemon dan juga Nobita. Untung Dayah dapat dubbing dengan artis suara kartun terkenal tu. Korang kalau nak tahu apa yang terjadi seterusnya, bolehla tengok WHI.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa kartun bersiri Doraemon sangat lah popular dan digemari oleh ramai. Semua peringkat umur sangat menggemari kartun tersebut. Korang semua suka tengok kartun Doraemon tak ? Ada kartun feveret korang ?

Sumber : Ig Dayahbak4r

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!