Video terlebih mesra Mira dan Emir buat netizen naik meluat

Kisah cinta Mira Filzah dan Wan Emir begitu tular setelah beliau mengakhiri zaman bujang dengan lelaki pilihan hati sekitar bulan September yang lalu. Tidak kurang ramai juga yang kecewa dan paatah hati apabila gadis pujaan ramai ini telah bernikah. Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini telah selamat diijab Kabul dengan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar.

Majlis pasngan ini juga telah mendapat liputan begitu meluas dan acara akad nikah dipancar secara langsung di TV3. Majlis resepsi mereka juga disiarkan secara langsung menerusi program Melodi. Ramai yang menggelarkan mereka sebagai Wedding Of The Year.

Sikap Emir yang tidak berputus asa juga membuatkan Mira terpikat dengan keperibadian lelaki itu. Meskipun langkah pertama beliau untuk mendekati Mira di media sosial tidak mendapat respon namun Emir bijak mencari peluang dengan mendekati ibu Mira.

Kata pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini, beliau akan meneruskan kerjaya lakonan beliau seperti biasa setelah berkahwin.

Beberapa hari lepas Mira berkongsi video beliau bercuti ke One and Only Desaru Coast bersama suami. Tidak lupa memuatnaik video percutian tersebut di youtube, beliau dan suaminya kelihatan sangat mesra ketika menunjukkan suasana di sekitar kawasan hotel itu.

Jika sebelum ini Mira tidak begitu terbuka untuk berkongsi hubungan peribadi beliau bersama para peminat, kini setelah beliau berkahwin Mira kerap berkongsi aktiviti beliau bersama suami kesayangan melalui saluran youtube mereka berdua iaitu EmirAmirah.

Saluran youtube Mira mendapat sambutan daripada para peminat beliau dan telah menerima Youtube Silver Award. Sedutan video youtube beliau itu telah dikongsikan semula di sebuah laman Instagram peminat Mira.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen telah mngalkan komen menegur sikap Mira yg terlebih mesra bersama suaminya dan memperlihatkan kemesraan mereka berdua kepada umum.

Gara-gara video terlebih mesra itu telah membuatkan beberapa netizen berkata mereka merasa menyampah.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 103402 tontonan dan 2251 tanda suka. Ada netizen berkata jika mereka ditempat Mira, mereka akan merasa segan silu untuk memaparkan kemesraan di khalayak apaatah lagi di hadapan ibu bapa dan saudara mara.

Anggaplah komen-komen netizen ini supaya Mira boleh perbaiki diri pada masa akan datang. Agak kurang manis jika menunjukkan aksi berpeluukan kepada umum walaupun sudah bergelar suami isteri.

Sumber: Instagram luna.penangstokis

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*