“Uwais nak amik puukolan tp aku yg debor” – Netizen

Setiap anak mempunyai hobi serta minat yang berbeza. Walaupun tiap-tiap anak dididik oleh ibubapa yang sama namun setiap mereka tetap mempunyai kepakaran yang berlainan. Ada anak yang suka bersukan manakala ada yang suka belajar. Perkara tersebut bukanlah perkara yang pelik mahupun ganjil. Biasalah manusia, rambut sama hitam hati lain-lain. Setiap individu pasti ada bakat tersendiri.

Seperti anak Shuib yang bernama Uwais Al Qami, disamping mahir dalam membaca al-quran, Uwais juga turut meminati sukan golf. Sebelum ini, anak sulung kepada pasangan Shuib dan mendiang Siti Sarah ini pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan.

Sering kali Shuib mengongsikan kisah mengenai Uwais menerusi laman Instagram miliknya. Dah banyak kali para peminat menyaksikan kehebatan Uwais dalam membaca ayat-ayat suci al-quran. Terbaru, Shuib sekali lagi memuatnaik satu video mengenai Uwais yang sedang bermain golf.

Nampak gayanya, Uwais pasti membesar menjadi anak yang serba boleh dalam kehidupan nanti. Sesuai sangat lah tu. Didiklah anak melakukan aktiviti berfaedah semenjak dari kecil lagi dan apabila sudah besar nescaya mereka akan sentiasa berada di dalam landasan yang benar.

Selalunya hanya orang-orang yang sudah berumur bermain golf ini. Rasa sedikit tertarik apabila Uwais yang baru berumur 10 tahun turut berminat untuk turut serta dalam sukan ini. Dengan penuh bergaya lagi Uwais memuukul bola golf. Tampaknya seperti Uwais sudah biasa bermain golf bersama-sama dengan ayahnya.

Kalau dilihat pada video perkongsian Shuib, penampilan Uwais di sini nampak lebih matang berbanding dengan usia sebenarnya. Apa tidaknya, dengan berbaju kemeja ‘tuck-in’ dan personaliti yang matang, sudah tentu ramai yang menganggap Uwais seolah-olah kelihatan seperti abang-abang SMK.

Posting Shuib ini yang telah dimuatnaik semenjak 21 jam yang lalu mendapat sebanyak 413,825 tontonan dan 654 komen. Rata-rata netizen terpesona dengan bakat Uwais dalam sukan golf ini. Ramai juga netizen yang tidak lupa untuk mendoakan Uwais agar sentiasa menjadi anak yang soleh.

Rakan artis Shuib seperti Alif Satar, Mark Adam dan Fad Bocey turut tidak lupa dalam memeriahkan lagi ruangan komen posting Shuib ini. Kebanyakan komen mereka memuji abiliti Uwais semasa memukul bola golf dengan penuh bergaya dan ‘power’.

Macamana pula dengan pendapat para pembaca sekalian? Ada rasa berdebar-debar tak semasa menunggu masa Uwais memuukul bola golf? Apa-apapun, semoga Uwais membesar menjadi anak yang soleh dan semoga Uwais terus berjaya dalam sukan golf. Jangan lupa jaga adik-adik tau. Hehehe..

Sumber: Instagram Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!