“Untungnya dapat laki sweet” – Suami Sanggup Buat-buat Sesat Demi Nak Dengar Suara Isteri Dalam Apps Waze

Perempuan mana kat dalam dunia ni yang tak suka suami sweet kan? Bila rindu, hantarkan isteri bunga atau telefon hanya sekadar untuk luah rasa cinta. Tapi tahap sweet seorang lelaki ni another level sikit sebab dia dengan sengaja set aplikasi Waze menggunakan suara isterinya dengan loghat pure utara! Fuh ini lain macam ni!

“Kalau rindu dia bukak Waze dan kadang-kadang saje buat sesat”

Menurut tweet yang viral ini, lelaki tersebut kadang-kadang dengan sengaja bukak Waze dan buat-buat sesat kerana nak dengar suara isterinya sampai habis bila rasa rindu. Amboi amboi cik abang! Lawak jugak admin dengar arahan Waze isterinya ni!

“Macam mana nak set suara sendiri dalam Waze?”

Disebabkan ramai yang teruja dengar suara isteri abang tu bagi arahan dalam aplikasi Waze, ramai yang tertanya-tanya macam mana pasa ngan suami isteri ini setkan Waze mereka. Haa caranya mudah je. Ini caranya…

“Comelnya woi mana nak dapat laki macam ni, nak satu!”

Rata-rata netizen teruja dan berdekah ketawa bila dengar arahan Waze yang diberikan isteri lelaki ni. Ramai jugak yang jeles si isteri dapat suami yang sweet macam ni. Haih manalah ye korang nak cari suami yang baik dan penyayang macam tu kan?

Alhamdulillah… seronok dapat suami isteri yang jenis melayan gini ye. Korang cubalah pulak buat Waze guna suara korang kat suami. Yang belum kahwin tu takyah nak feeling-feeling ye! Hiks!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobakmerah/limaumadu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*