“Untung dapat daddy yang dah ada pengalaman jaga anak”- Netizen

Setiap pasangan suami isteri pastinya mahukan zuriat sebagai pelengkap rumahtangga mereka. Begitulah juga buat pasangan Fizo Omar dan isterinya Fazeera Nazri yang baru menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka pada 25 Jun yang lalu. Meskipun momen kelahiran cahaya mata tersebut bukan kali pertama buat dirinya namun beliau mengakui air matanya menitis saat melihat pengorbanan isteri tercinta melahirkan bayi perempuan mereka.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, air matanya mengalir ketika melihat isterinya bertarung ny4wa melawan rasa s4kit ketika melahirkan anak secara normal.

Kongsi pelakon drama Pengantin Satu Malam itu lagi, beliau bersyukur kerana mereka membuat kepuutusan tepat untuk mengambil suuntikan bius epidural bagi mengurangkan rasa s4kit sepanjang tempoh kontraksi.

Fizo juga berkata beliau juga turut menitiskan air mata apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan. Isterinya itu selamat melahirkan bayi perempuan berkenaan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

Untuk rekod, pasangan Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan terkenal Mawar Karim namun berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Untuk puteri kedua mereka itu, Fizo dan isterinya sepakat memilih nama Wan Khaleeda.

Fizo yang aktif di media social berkongsi aktiviti terbaru beliau buat tatapan para peminat. Fizo berkata anak keduanya Wan Khaleeda telahpun berusia 2 bulan dan perlu kehoospital untuk mengambil suuntikan.

Menerusi video yang di kongsikan itu, Fizo di lihat tidak kekok menguruskan Wan Khaleeda. Beliau juga kelihatan selesa mendukung dan menenangkan Wan Khaleeda ketika doctor melakukan proses suuntikan berkenaan.

Menjengah keruangan komen pula, rata- rata peminat memuji kecekapan Fizo menguruskan anaknya. Netizen juga berkata Fazeera cukup bertuah mendapat seorang suami yang sudah mempunyai pengalaman menguruskan anak sebelum ini.

Selain itu, netizen juga memuji wajah comel Wan Khaleeda yang semakin iras wajah ibunya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran terbaru Fizo itu.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 dan berc3rai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan Wan Maryam, kini berusia lima tahun.

Fizo bertemu jodoh kali kedua dengan Fazeera dan bernikah pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Fizo dan Fazeera berkahwin pada Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan. Fazeera adalah pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini.

Sumber: ig fizo omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!