“Untuk Anna jelah tak payah nak bagi semua orang” -Netizen

Sejak kebelakangan ni, siapa je tak kenal jejaka bernama Meerqeen. Bila sebut je nama beliau, fuh pasti tak senang duduk terutamanya golongan wanita. Mana taknya, orang nya terlalu kacak. Sejuk mata memandang. Dahla putih, pula tu, memang menjadi idaman wanita Malaya, bukan Malaya saja, mungkin juga luar negara.

Meerqeen yang begitu melonjak namanya setelah beliau membintangi drama berjudul Melur Untuk Firdaus. Rasanya, semua dah sedia maklum berkenaan drama tu yang ditayangkan setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9 malam.

Melur Untuk Firdaus ialah sebuah drama bersiri arahan oleh Zamri Zakaria, Dibintangi oleh Meerqeen, Anna Jobling dan Fimie Don. Ia merupakan salah satu Slot Lestary, yg menggantikan Do You Love Me Captain.

Finalis hero remaja musim 2019/2020 ini juga dikatakan seperti kembar Hun Haqeem. Ada gaya ke eh ? Dua-dua hensem dan mempunyai senyuman yang manis. Beliau yang kini berusia 21 tahun sudah mencecah 1 juta pengikut di laman Instagramnya.

Meerqeen yang memuat naik foto beliau memakai kaca mata hitam dengan caption “This one’s for y’all” membuatkan para netizen tak senang duduk. Mana taknya, terlampau hensem Merqeen ni. Walaupun hanya foto selfie tapi tetap menarik hati.

Posting tersebut meraih sebanyak 300 ribu tanda suka dan 8 ribu komen. Wah, hampir setengah juta dalam tak sampai 24 jam. Popular sangat lah Meerqeen ni.

Jarang-jarang anak seni tanah air meraih jumlah likes yang sebegitu banyak. Boleh dikatakan pecah rekod.Hampir kebanyakan foto dan video beliau meraih ratus ribu likes.

Dalam drama bersiri Melur Untuk Firdaus, Meerqeen digandingkan dengan pelakon muda wanita yang sangat cantik dan sejuk mata memandang iaitu Anna Jobling. Beliau memainkan watak sebagai Melur. Meerqeen juga seringkali memuat naik foto mereka berdua ketika di set pengambaran.

Antara komen yang menarik perhatian terhadap foto yang dimuat naik oleh Meerqeen ialah “Untuk Anna jelah tak payah bagi semua orang”, “Cepat selesaikan drama ini, sungguh tak tenang memikirkan kalian berdua merqeen & annajobling”,”Handsome nya Meerqeen” dan sebagainya. Pun begitu, drama ini bukan saja diminati oleh rakyat Malaysia, malah juga popular di Indonesia.

Semoga kepopularan Meerqeen akan mantai malah melonjak-lonjak dari hari ke hari. Sudah ramai yang mengenali pelakon lelaki ini dan ingin melihat beliau muncul lebih banyak dalam drama yang akan datang.

Sumber : Ig Meerqeen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!