“Unexpected betul scene gigi jatuh, lps sedih dia mai yg lawak plak ye”- Netizen

Disamping watak utama, watak sampingan juga sering menjadi penyeri tambahan apabila watak sampingan mampu menggalkan impak besar buat para penonton. Bagi yang mengikuti drama Takdir yang Tertulis pastinya mengenali watak Kak Jo yang dilakonkan oleh Uchee Fukada atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah yang bekerja dengan Juweta sebagai pembantu rumah. Watak Kak Jo tidak muncul dalam beberapa episod drama itu setelah dihalau oleh Ruhila.

Para penonton mula merindui watak Kak Jo kerana watak tersebut bersifat kelakar serta menghiburkan para penonton. Kemunculan Kak Jo mampu meredakan sebentar suasana tegang dalam drama berkenaan.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama.

Drama tersebut mengisahkan mengenai Nad Zainal yang membawa watak utama sebagai Juweta berkawan baik dengan Elvina yang membawa watak sebagai Ruhila. Manakala Azlan yang di lakonkan oleh Nazim pula berkawan baik dengan Ean yang dilakonkan oleh Alvin.

Bersiaran pada episode ke 9 malam tadi, konflik dalam drama berkenaan semakin meruncing apabila pencuci pejabat di syarikat milik Juweta rupanya bersahabat baik dengan Kak Jo.

Pencuci pejabat mula meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku di syarikat milik Juweta dan memberitahu bahawa beliau terdengar perbualan Che Salmah bersama Hakim bahawa Mika sebenarnya bukanlah anak kandung kepada Azlan.

Kak Jo akhirnya menyedari bahawa rakannya itu mampu melakukan sesuatu bagi mencari bukti dan meminta pertolongan pencuci pejabat berkenaan untuk menyelongkar pejabat bagi mencari bahan bukti yang dapat membantu Juweta.

Kerana perasaan teruja dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai hakikat Mika bukanlah anak kandung Azlan, gigi palsu Kak Jo akhirnya tertanggal dan jatuh ke dalam cawan.

Memuatnaik sekeping gambar gigi palsu berkenaan di Instagram miliknya, pelakon yang membawakan watak Kak Jo iaitu Uchee Fukada secara berseloroh berkata gigi palsu berkenaan jatuh kerana tiada bajet untuk membeli polident setelah dipecat oleh Ruhila.

Beliau yang sememangnya mesra berbalas komen dengan para penonton dan penggemar drama tersebut berharap babak malam tadi telahpun mengubati kerinduan para penonton terhadap watak Kak Jo.

Rata-rata para penonton berkata babak berkenaan membuatkan mereka ketawa dan terhibur setelah kesedihan apabila babak sebelumnya menyaksikan Juweta dan Ean sama-sama bersedih kerana hanya mampu membayangkan sahaja memiliki kebahagiaan bersama pasngan mereka sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Sedak Kita tgk sambil makan td….adoii kak jo…x baik taw” – Netizen

“Mlm smlm kak Jo xde semua rindu.. Tp mlm ni haaaaaa hambekkk… Mmg kelakar scene gg jatuh tu.. Hadoiiiiiii” – Netizen

“Riuh aku ngn ank aku gelak smlm.. Ibu gg kak jo jatuh.. Tak pakai poliden lerr tuu… Adoiiyaii..sekali post ni naik…kipidap kak jo.. I sokong u..” – Netizen

“Terkejut jek terkeluar..tp kena tampar dek ruhaila kebal lak gigi tu” – Netizen

“Masa scene ii serious jugak dia nak jatuh kan “ – Netizen

“Yg lawak.. Kuat kena penangan penampar si ila x jatuh plk.. Tp bila tau rahasiaaaaa bsar, bleh terciduk” – Netizen

“Haha terkejut ziss tgk gigi jatuh” – Netizen

“ketawa xkira kami tD.kihkihkih.mujur dlm cwn xde air kopi o kaw.” – Netizen

Pelbagai emosi penonton dapat rasakan apabila menonton drama Takdir yang Tertulis ini. Uchee Fukada yang juga pembantu pengarah drama tersebut di samping pengarah utamanya Shahrulezad amat kreatif dan tahu apa yang penonton mahukan dalam setiap naskah yang di persembahkan oleh mereka berdua.

Tahniah kerana menerbitkan drama yang berkualiti dan jalan cerita yang menarik untuk penggemar drama melayu.

Sumber: ig Uchee Fukada

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*