Umie Aida buat kerja giila, Berlakon teater Pawana Isabella pegang skrip hanya disebabkan baju

Berlakon sambil membaca skrip, apaatah lagi apabila ia dilakukan pada pementasan teater di Istana Budaya oleh seseorang yang berpengalaman luas dalam seni lakonan. Situasi itu kedengaran seperti tidak masuk akal namun itu yang terpaksa dilakukan pelakon hebat Datin Seri Umie Aida bagi menggantikan Azar Azmi yang mengalami masalah kesihatan pada saat-saat akhir pementasan teater Pawana Isabella pada Isnin.

Menurut pelakon filem Dukun ini, dia terpaksa melakonkan watak sebagai Puteri Barok dengan memegang skrip selepas menerima panggilan daripada pengarah, Erma Fatimah 20 minit sebelum pementasan bermula.

“Aku buat kerja giila malam semalam! 20 minit sebelum persembahan mula dapat call dari Erma minta tolong gantikan watak Azar Azmi kerana masalah kesihatan.

“What?! Dalam hati aku, giilakah? Aku tak tahu dialog, bl0cking, dh la dalam bahasa bangsawan.

“Alasan Erma simple… hanya kau sahaja yang muat baju-baju Azar. Ha? Fasal muat baju sahaja Erma paksa aku jadi bidan terjun,” katanya.

Menyifatkan ia sebagai kerja yang tidak pernah dilakukannya sepanjang bergelar pelakon, Umie yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) menyahut cabaran itu dan menganggap ia sebagai kenangan manis buat dirinya.

“Aku sahut cabaran ini walaupun memang kerja giila! Mana tak giila… first time aku tengok skrip dn tak dapat pun nak baca skrip sebelum persembahan mula fasal mengejar masa.

“Tapi aku bersyukur kerana semua pelakon Pawana Isabella banyak membantu aku semalam.

“Walaupun tidak dalam kesempurnaan ketika aku membawa watak Puteri Barok, tapi ianya menjadi pengalaman manis buat aku kerana menjadi bidan terjun untuk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon-pelakon hebat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani atau lebih dikenali sebagai abang Joe turut memuji keberanian Umie menyahut cabaran itu.

Menurutnya, Umie berjaya membawa watak itu dengan begitu sempurna selain menyifatkan ia sebagai sejarah yang belum pernah berlaku di Istana Budaya.

“Sepanjang 20 tahun saya bekerja di Istana Budaya, tak pernah ada k3s sebegini. You are the best! Adik abang yang terbaik.

“Anda menjadikan ia sejarah buat tahun 2019 ini. Sesuatu yang sangat menakjubkan. Pelakon terbaik untuk Istana Budaya.

“Tak pernah dalam sejarah Istana Budaya orang membaca skrip. Anda membawa watak itu dengan sempurna. Ianya cantik sangat,” ujarnya.

Sementara itu, Datin Seri Umie Aida memberitahu dia sememangnya agak memilih sebelum menerima tawaran berlakon sejak mula membabitkan diri dalam industri lakonan.

Bagaimanapun Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 46, berkata dia bersyukur dan rasa bertuah apabila sering ditawarkan watak dan filem yang baik.

“Bukanlah baru sekarang nak memilih, tapi hakikatnya sejak dari awal kemunculan saya dalam industri lakonan memang dah memilih. Saya tengok karakter yang ditawarkan.

“Alhamdulillah laluan saya dalam industri ini pun bertuah kerana saya banyak sangat dapat filem atau watak yang bagus,” katanya kepada mStar Online.

Tambah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) ini, sebagai seorang pelakon dia bertanggungjawab untuk mewarnai watak yang diberikan.

“Yaa, memang perlu mencantikkan lagi watak. Kalau seseorang pelakon itu tidak mewarnakan wataknya sendiri, memang rugilah.

“Apabila baca skrip, kita dah tahu watak itu macam mana. Sebagai pelakon kena bagi warna dalam watak supaya nampak lagi cantik tapi jangan berlebihan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Dukun ini berkata keikhlasan adalah perkara utama yang harus diberi perhatian jika ingin berjaya dalam bidang lakonan.

“Paling penting buat sesuatu dengan ikhlas. Apabila dapat sesuatu naskah yang bagus, jangan fikir soal harga atau berapa dia nk bayar kita.

“Soal bayaran jatuh nombor dua. Yang paling utama, selepas dapat karya yang baik, kena fikir macam mana kita nak buat watak tu bagi menarik,” katanya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*