“Uish jarang anak pertama besar mcm ni, mcm kembar je ” – netizen

Sejak gambar dan video Neelofa berbadan dua tersebar di laman sosial media, ramai netizen sudah tidak sabar untuk menanti kehadiran cahaya mata sulung selebriti popular ini. Namun sehingga kini tiada pengumuman rasmi daripada Neelofa sendiri berkaitan kehamilannya. Yang pasti, kandungan Neelofa sudah jelas kelihatan dan bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi.

Gambar terbaru daripada Neelofa yg dikongsi oleh adiknya, Ameera Khan menerusi Instagram Story miliknya menjadi tumpuan baru-baru ini.

Neelofa dan Ameera dijemput menghadiri pelancaran kafe terbaru berjenama mewah Dior dan beberapa gambar Neelofa yang sedang sarat hamil dimuatnaik adiknya semalam.

Apa yang menjadi perhatian netizen ialah saiz kandungan Neelofa kelihatan agak besar dan berbeza berbanding saiz kandungan biasa bagi anak pertama.

Beberapa netizen membuat andaian bahawa Neelofa bakal menerima cahaya mata kembar. Sejauh mana kebenarannya itu? Kita nantikan..

Menerusi video yang dikongsi oleh peminat Neelofa, ramai peminatnya masih berteka teki sama ada bayi perempuan atau lelaki yang bakal dilahirkan itu.

Rata-rata peminat Neelofa teruja melihat perkembangan terbaru daripada selebriti kesayangan mereka.

Nampaknya ramai dah tak sabar nak tengok anak pertama Neelifa. Semoga dipermudahkan Neelofa dan suami, mesti comel belaka anak pertama mereka ni.

Sumber: Instagram Lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!