“Uish, buat drama Naruto Malaya ke bang” – Netizen

Artis sememangnya sinonim dengan penampilan yang berbeza bagi setiap watak baru yang dilakokan. Jikalau watak yang dipegang baik, maka penampilan seharusnya yang sederhana dan sopan. Tapi jika watak yang dipegang liaar ataupun jaahaat, maka penampilan juga harus diubah 360 darjah. Agar watak dapat dihayati dengan lebih dalam, maka artis selalunya akan menukar penampilan dari segi cara berpakaian mahupun gaya serta warna rambut.

Memang sudah menjadi perkara yang normal bagi mereka untuk mengubah imej sekiranya drama yang dibintangi mereka memerluukan mereka untuk mengubah penampilan mereka. Selalunya kalau watak liaar, maka rambut artis akan diwarna dengan warna seperti oren agak personaliti liiar dapat dilihat menerusi imej luaran.

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen telah mengongsikan dua fotonya dengan penampilan yang baru untuk watak baru yang akan dilakonkannya. Kurang pasti drama apa yang Hairul akan lakonkan ini, tetapi penampilannya kali ini membuatkannya kelihatan seperti watak Goku dalam siri Dragon Ball.

Masakan tidak, warna rambut barunya yang berwarna oren keemas-emasan itu sangat sama seperti watak Goku dalam satu anime Jepun. Ramai juga yang mengatakan warna rambut barunya itu kelihatan sama seperti warna rambut Naruto, juga sebuah anime yang berasal daripada negara Jepun.

Nampak sangat personaliti ‘bad boy’ Hairul dengan gaya rambut tersebut. Agak-agaknya, kali ini Hairul melakonkan watak sebagai gangster atau samseng tak? Mesti menjadi punya watak baru lakonan Hairul ni. Harap-harap Alisa masih mengenali Hairul walaupun dengan imej baru ni ye, hehehe.

https://www.instagram.com/p/CVrBbdPhZuR/?utm_source=ig_web_copy_link

Sudahlah diiringi dengan wajah yang agak bengis tanpa secalit senyuman, memang timbul kualiti ‘b4d boy’ Hairul dengan penampilan tersebut. Walaubagaimanapun, Hairul tidak lupa untuk menegaskan agar imej baru ini bertujuan 100% untuk watak baru yang akan dilakonkannya.

Penampilan baru yang dipilih oleh Hairul ini bukan dibuat suka-suka tetapi disebabkan oleh tuntutan kerja. Jadi, para peminat semua usahlah gusar dan suka hati menimbulkan g0sip mengenai penampilan terbaru Hairul ini.

Posting Hairul yang baru dikongsikan pada 2 jam yang lalu ini sudah berjaya meraih sebanyak 9,941 sukaan dan 97 komen. Rata-rata followers Hairul mengusik imej baru Hairul yang seakan-akan watak Goku dan Naruto ini. Ramai juga yang terhibur dengan foto perkongsian Hairul ini.

Buat para peminat Hairul, sudah pasti korang sudah tidak sabar-sabar mahu menanti kemunculan Hairul dalam drama yang dibintanginya dengan rambut Goku ini kan? Sabar. Pasti tiba masanya juga. Jangan pula korang pun gatal tangan nak tukar rambut jadi warna oren ye. Hehehe..

Sumber: Instagram Hairul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!