“Tunggu lah anak2 dah besar, time tu Datin paling gojess” – Netizen

Ramai yang menganggap bahawa menjadi suri rumahtangga sepenuh masa ni seronok. Tak perlu tertekan dengan bebanan dan lambakan tugas di tempat kerja dan tak perlu kelam-kabut mengejar waktu kerja antara sebab ramai yang berfikiran sebegitu. Tetapi sebenarnya wanita yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa ini terkadang menghadapi tekanan emosi dan cabaran yang lebih besar dari mereka yang keluar bekerja.

Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan pelakon terkenal pada waktu dahulu yang satu ini. Datin Ungku Almy Nadia atau mesra dipanggil sebagai Almy Nadia ini kini sudah lama menyepi dari industri hiburan sejak berkahwin dengan Datuk Fizz Fairuz.

Lakonannya sewaktu dia belum berkahwin dulu memang sering dinantikan para peminat yang sememangnya bukan sahaja suka dengan bakatnya malah kecantikan semula jadinya itu. Kini, Datin Almy Nadia dilihat lebih sibuk menjaga anak-anak di rumah serta sering juga berkongsi video promosi makanan di Instagramnya itu.

Tahun lepas, Datin Almy Nadia telah memutuskan untuk berhijab dan hasratnya itu telah disokong kuat oleh suami, keluarga serta para peminat. Namun disebabkan berat badannya yang kini semakin meningkat, Datin Almy Nadia sempat terasa dengan beberapa komen netizen yang mengkritik dirinya itu.

Setelah beberapa tahun wajah Datin tidak lagi keluar di layar televisyen, kini sebuah rancangan bertajuk Pa & Ma telah menemu ramah dan merakamkan kesibukan sehari-hari Datin Almy Nadia yang kini bergelar ibu dan suri rumahtangga sepenuh masa.

Video Datin yang dikongsi oleh suaminya di Instagram itu telah menerima ratusan komen dari netizen yang terinspirasi dengan sifat positif dari Datin. Mengaku bekerja sebagai seorang suri rumahtangga merupakan perkara yang sukar buat dirinya, Datin Almy Nadia kini juga tidak pernah menghiraukan kutukan dari orang ramai mengenai berat badannya itu.

Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti apa yang dilalui oleh Datin Almy Nadia itu di ruangan komen. Namun, kebanyakan mereka telah memuji dan memberikan kata-kata semangat buat Datin agar lebih kuat dan sabar menerima tomahan dari orang luar.

Seronok tengok perkongsian kata dari Datin Almy Nadia. Terinspirasi sangat dengan semua yang Datin Almy cakap. Ukur baju di badan sendiri memang perlu supaya kita sentiasa ingat untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu mengikut cakap orang lain.

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!