“Tuan di Gua Musang Kelantan ke, blh jumpa bergambar” – Netizen

Baru-baru ini pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman telah dikritikan atas tindakan beliau memberikan makanan pemberian peminat kepada kucing kesayangannya. Bagaimanapun Netizen berbagi pendapat mengenai perkara tersebut. Buat pencinta kucing, bagi mereka tidak salah sekiranya Datuk memberikan kucing makan ikan salmon. Namun tidak kurang juga yang merasakan tindakan berkenaan satu pembaziran kerana tidak memberikan makanan tersebut kepada orang lain.

Buat Datuk Rizalman, sudah lumrah menjadi orang yang dikenali pasti akan ada sahaja tindakan dirinya menjadi kritikan ramai. Namun para peminat yang sudah sekian lama mengenali beliau memahami dan terus menyokong Datuk Rizalman.

Baru-baru ini Datuk Rizalman telah memuatnaik satu perkongsian mengenai keadaan terkini dirinya yang ingin menyendiri dan mahu istiqamah mengerjakan amalan sunat. Jadi Datuk tidak mahu sebarang benda yang akan mengganggu konsentrasi dirinya terutamanya media sosial.

Disebabkan itu Datuk Rizalman kelihatan tidak aktif di instagram beliau untuk sementara waktu. Para peminat yg sudah biasa berinteraksi dengan beliau di instagram amat merindui maklumbalas daripada Datuk menyebabkan Datuk memuatnaik satu entri bertanyakan khabar para pengikutnya dengan meletakkan lokasi beliau di “Gua Musang”.

Bagaimanapun lokasi tersebut telah menimbulkan salah faham kepada pengikut akaun instagram beliau. Apa yang melucukan adalah apabila ada seorang netizen yang benar-benar menyangka Datuk Rizalman berada di Gua Musang dan ingin bertemu beliau untuk merakamkan gambar bersama.

https://www.instagram.com/p/CP9YHYaJKIm/?utm_medium=share_sheet

Memberikan respon terhadap permintaan netizen itu, Datuk Rizalman berkata beliau akan berpindah ke Gua Kahfi pula selepas ini.

Pada entri berikutnya para peminat memberikan respon bahawa mereka turut terhibur dengan pertanyaan dan pemintaan netizen tersebut yang dirasakan sangat melucukan kerana mempercayai lokasi yang ditulis oleh Datuk Rizalman hanya kerana Datuk Rizalman menyebut beliau “bertapa” di dalam perkongsian beliau sebelumnya.

Macam-macam kerenah netizen yang dihadapi oleh Datuk Rizalman. Sememangnya tidak mudah menjadi orang yang dikenali ramai. Cara terbaik adalah dengan mngalkan media social untuk sementara waktu. Semoga hasrat Datuk Rizalman untuk istiqamah dengan amalan sunat beliau dipermudahkan.

Sumber : ig Dato Rizalman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!