“Tu tak boleh makan aa, mcm kedai mamak dh dia punya pesanan”-Netizen

Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga sememangnya lebih menambahkan penyeri rumah tangga kepada pasangan suami isteri. Gelagat anak-anak kecil ini sudah pasti menghiburkan kita setiap hari. Ada kalanya kerenah anak kecil membuatkan kita ‘geram’ melihatnya, comel sangat hehe.. Anak-anak pun membesar dengan sihat di hadapan kita, itu pun cukup membahagiakan buat kita yang bergelar ibu bapa.

Seperti selebriti Syatilla Melvin, anak-anaknya dipantau sepenuhnya oleh Syatilla dan pasangannya Shaheizy Sam. Semenjak Syatilla bergelar ibu, beliau lebih fokus menjaga anak-anaknya.

Dari anak pertama hinggalah anak yang ketiga, Syatilla membesarkan mereka meskipun sibuk dengan kerjaya beliau sebagai usahawan. Syatilla juga kini kurang aktif dalam bidang lakonan.

Menerusi laman sosial media Syatilla, banyak video dan gambar yang dikongsi beliau. Tidak terkecuali, gelagat anak-anaknya sering menghiburkan netizen menerusi video dimuatnaik Syatilla sendiri.

Orang kata mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan.. Anak sulung Syatilla iaitu Syeriv antara si cilik yang sentiasa menjadi perhatian netizen dan baru-baru ini video Syeriv dikongsi ibunya di Instagram.

Video dikongsi Syatilla menunjukkan gelagat Syeriv yang semakin petah bercakap sejak mula bersekolah. Malah Syeriv sempat menegur adiknya Sarimah jika membuat salah, alahai bijaknya Syeriv.

Bukan itu sahaja, Syeriv pun sudah mula kenal dengan jenis makanan yang tidak boleh dimakan dan mula belajar ilmu asas.

Sementara itu, video Syeriv membuatkan netizen teruja dan terhibur melihat si kecil ini berceloteh. Memang laju je mulut Syeriv bercakap ye hehe..

Video dikongsi Syatilla telah meraih 172,000 tontonan sejak dimuatnaik Ahad dan ramai netizen akui cara Syeriv bercakap saling tak tumpah sama seperti bapanya.

Amboi Syeriv, bila dah pergi sekolah banyak berceloteh ye. Habislah Syatilla dengan Sam kena dengan celoteh Syeriv setiap masa hehe..

Sumber: Instagram Samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!