“Tu dia Mamu belanjaa”- Ramona Zamzam

Hai lah ‘duda terhangat dipasaran’ ini, apa saja yang dilakukan pasti mendapat perhatian, lebih membuatkan peminat tidak keruan apabila gambar dilaut membuatkan ramai peminat yang menjadi riang ria di ruangan komen beliau. Lokasi di Bukit Feringgi, keberadaan beliau di kampung halaman yang mana katanya ingin bercuti kerana sambutan Tahun Baru Cina.

Selepas hantaran di media ig itu, beliau memuat naik satu gambar berada di laut dengan tidak berbaju, mendapat perhatian lebih 60 ribu dan komen hampir seribu komen diterima.

Amboi apabila ‘dibelanja’, para peminat wanita jadi tidak keruan memberi respon yang memuji-muji malah menyatakan hampir saja mengg0da.

Meskipun berpenampilan berjambang namun ia bukan satu sebab untuk Mamu yidak kelihatan kacak dan tampan, malah sebegitu pon masih kelihatan kacak dan tampan pada pandangan mata peminat dan rakan terdekat.

 

Tidak disangka sekeping gambar tersebut menarik perhatian sehinggakan semua media membuat ‘repost’ kepada gambar tersebut.

Mamu atau nama sebenar Sharnaaz Ahmad mempunyai seorang anak bernama Jebat Jaydeen. Seorang ‘duda h0t’, yang kini bergelar ketua duda semalaysia, selepas Fizo Omar menamatkan zaman dudanya. Hehe..

Komen peminat-peminat wanita beliau membuatkan peminat lain memberikan respon kepada komen yang diberikan.

Komen seperti “ni post belanja namanya”, “eloknya”, dan bermacam lagi pujian diberikan hanya dengan sekeping gambar yang sangat semulajadi.

Mamu memang dikategorikan sebagai hero malaya, kerana sikapnya yang sempoi dan bersahaja. Malah kelantangan berkata-kata membuatkan beliau menjadi diri sendiri sangat diminati peminat.

Sumber: ig sharnaazahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!