“tp kena bagi kuurus, sebab nampak mengah bila cik B rap” – Netizen

Siapa lagi tidak kenal dengan anak Dato’ Seri Vida yang lebih mesra dipanggil Cik B. Siapa jugq sangka Cik B yang berusia 14 tahun juga ingin mengikuti jejak langkah ibunya dalam menjadi usahawan berjaya dalam industri F&B. Beliau yang selalu menonjolkan watak sempoi dan selamba membuatkan para netizen agak senang dengan sikapnya itu.

Baru-baru ini, beliau telah menonjolkan satu lagi kebolehan beliau yang nampaknya mendapat perhatian para netizen.

Dilihat di dalam video tersebut, cik B begitu lancar menyanyikan lagu rap “Haa Tepok!”, lagu nyanyian Meerfly feat K-Clique dan Kidd Santhe.

Ramai netizen yang memuji kebolehan Cik B menyanyi rap dan mencadang pada Cik B untuk mengasah kebolehannya itu.

Selain itu, ada juga netizen menggalakkan Cik B untuk kuurus dahulu sebelum memulakan profession rap ini.

Ramai juga netizen memuji raut wajah Cik B sudah nampak licin, halus dan ‘glowing’. Memang tak dinafikan, nampaknya ibunya Dato Seri Vida amat menjaga penampilan anak perempuannya ini.

Akan tetapi, ada juga yang tidak berpuas hati bukan sahaja dengan kebolehan Cik B tetapi dengan penampilan cik B sekali.

Apa-apapun, kami doakan supaya Cik B berjaya dalam apa jua bidang pada masa akan datang.

Sumber : Ig Datoserivida

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*