“Tolong jaga hati isteri saya, Jangan gelar dia minah gigil” – Nadzmi Adhwa

Pada hari Ahad, 1 September 2019, pelakon dan juga penyanyi Nadzmi Adhwa dengan sekali laafaz telah selamat bergelar suami kepada sahabat baiknya yang juga pelakon, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ardell Aryana. Setelah lapan tahun bersahabat, beratus kali menyuarakan hajat untuk melamar Ardell, akhirnya berkat doa peminat-peminat Allah pertemukan jodoh mereka.

Namun, pada hari pernikahan mereka itu juga telah tular video dimana Ardell menggigil seperti ketakutan ketika Adhwa ingin menyarungkan cincin dijari manisnya. Ramai peminat yang menyukai momen tersebut dengan menyatakan manisnya pernikahan itu kerana pada hari itulah pertama kalinya mereka bersentuhan. Tidak ketinggalan juga ada komen-komen negatif dari netizen yang menggelar isteri kepada Nadzmi Adhwa itu minah gigil, perempuan parkinson, dan perempuan cacat berikutan daripada video yang telah tular itu.

Suami mana yang sanggup membaca kecaman-kecaman tersebut terhadap isterinya. Oleh sebab itu, semalam, Nadzmi Adhwa telah membuat keterangan lanjut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadap isterinya dihari pernikahan mereka itu.

Menerusi status instagramnya, Nadzmi Adhwa menjelaskan bahawa sebelum ini isterinya pernah menghidapi depr3ssion dan anxiety yang agak teruk, dan sehingga kini isterinya masih lagi didalam proses pemulihan daripada penyaakit tersebut. Dia juga menyatakan yang anxiety ini boleh menyerang isterinya pada bila-bila masa sahaja. Bukan saja pada hari pernikahan mereka tempoh hari, malah dari sebelum ini lagi.

Umum tahu mereka telah berkawan untuk satu tempoh yang lama serta bekerjasama memajukan perniagaan yang mereka bina dalam industri tailoring & design. Tambah lagi oleh Nadzmi Adhwa walaupun mereka telah berkawan lama, namun berkawan dan berkahwin itu dua status yang jauh berbeza. Segala perasaan bercampur baur terutama sekali sesudah akad dilaffazkan.

Ketika sesi membatalkan air sembahyang itu, ramai orang menyaksikan momen indah mereka diijab qabulkan dan pada ketika itu mereka gugup sehingga Ardell terkena panic att4ck yang menyebabkan dia sesak nafas, black out, dan pitam.

Tidak mampu untuk menghentikan kata-kata negatif dari netizen, Nadzmi Adhwa hanya memohon agar netizen tidak menyakiti hati keluarganya, keluarga isterinya, dan yang paling penting tolong jaga hati isteri tercintanya. Setidak-tidaknya janganlah menimbulkan sebarang spekulasi sekiranya tidak berada dimajlis mereka.

Telah banyak dugaan dan ujian yang dia dan keluarganya tempuhi untuk menaikkan semangat Ardell sehingga mereka akhirnya diijab qabulkan. Janganlah kerana kata-kata negatif dari netizen dapat memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan perkahwinan yang baru mereka bina ini.

Sama-sama kita doakan agar mereka dapat melayari bahtera perkahwinan ini dengan sebaiknya.

Gambar-gambar sekitar majlis pernikahan dan malam berinai Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana.

Sumber: instagram Nadzmi Adhwa, instagram Jaydeesm, facebook Amir Naufal Photography

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*