“Tolong jaangan tua sebelum waktunya” – Netizen

Maya Karin Roelcke atau nama popular beliau Maya Karin, kini tampil lagi dengan watak baru sebagai Makcik Fatimah dalam drama terbaru arahan Don Hoe bertajuk Olympic Dream. Walaupun sudah berumur 41 tahun, pelakon jelita ini tetap kelihatan muda dan seolah-olah masa berhenti bagi beliau. Apa tidaknya, raut wajah pelakon jelita ini masih kelihatan seperti 20 tahun. Kehebatan Maya Karin dalam bidang lakonan membuatkan Maya dianugerahi Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate di Ramsgate, England pada tahun lalu.

Kalau dulu kita dapat melihat Maya dengan watak pontianak dalam filem pontianak Harum Sundal Malam, kali ini kita dapat melihat Maya dengan watak baru sebagai makcik Fatimah dalam Olympic Dream.

Filem ini secara ringkasnya mengisahkan mengenai impian seorang gadis cilik yang bernama Anna Wong (lakonan Annabelle Tan semasa muda dan Adelle Ng semasa dewasa) yang bercita-cita untuk menjadi pemain badminton kebangsaan.

Maya yang membawa watak makcik Fatimah pula merupakan pendorong Anna Wong sebagai anak yatim di bawah jagaannya. Menarik bukan? Tak sabar rasanya nak menonton filem ini.

Filem Olympic Dream yang akan ditayangkan pada 23 September 2021 ini rata-rata mendapat pujian positif daripada warganet. Kesemua netizen seperti tidak sabar untuk menonton filem ini yang dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Maya Karin, Jordan Voon, Annabelle Tan dan Adelle Ng. Kesemua pelakon ini telah mendapat pengiktirafan anugerah tau.

https://www.instagram.com/p/CUJTuHkhP-H/?utm_source=ig_web_copy_link

Salah satu gambar yang Maya kongsikan melalui akaun Ig beliau mendapat 1,000 likes dalam masa 3 jam sahaja.

Maya yang sedang duduk membaca skrip drama di tepi tangga benar-benar kelihatan seperti seorang ibu yang sedang mengenang nasib anak-anak. Penghayatan Maya bagi watak makcik Fatimah amat luarbiasa.

Komen Adelle Ng pada salah satu posting Maya dalam akaun Instagramnya kelihatan amat manis sekali. Watak sebagai anak yatim yang dijaga oleh makcik Fatimah telah mengikat tali keakraban mereka walau di dunia sebenar. Maya membalas komen “mak” daripada Adelle Ng dengan balasan yang cukup comel dan mesra.

Namun yang mencuit hati adalah apabila ada beberapa netizen yang berseloroh dengan watak makcik Fatimah ini.

Sementara, komen yang lain pula jelas menunjukkan sokongan netizen bagi filem Olympic Dream arahan Don Hoe ini.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menonton filem gandingan pelakon yang hebat-hebat belaka ini? Oh ya, jaangan lupa sediakan popcorn untuk menjadi snek sepanjang filem ini dimainkan. Saya yakin filem ini pasti memberi perasaan yang bercampur baur bagi para penonton sekalian.

Sumber: Instagram Maya Karin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!