Tolak vksin, Zul Yahya lebih percayakn Habbatus Sauda dan madu utk sembuh dari c0vid

Umum mengetahui bahawa negara telah menerima stok vksin pertama pada hari ahad yang lalu. Kehadiran vksin berkenaan bagaikan satu sinar harapan buat kebanyakkan dari kita yang sudah lama mengimpikan kehidupan yang bebas C0vid seperti tahun-tahun sebelum ini. Negara juga akan memulakan proses vksinasi yang pertama bermula pada 26 Februari ini dan akan dilakukan secara berperingkat.

Menerusi jangkaan awal, negara akan pulih daripada c0vid pada awal tahun 2022. Ekonomi juga sudah semakin berkembang dan menunjukkan pemulihan daripada masa kesemasa. Berita yang menggembirakan ini ternyata bakal membawa impak yang positif buat segenap masyarakat. Bagaimanapun buat pelakon Zul Yahya, beliau mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pengambilan vksin berkenaan.

Setelah hampir setahun seluruh dunia menghadapi pndemik cvid tersebut, kehadiran v4ksin pastinya akan menerima maklumbalas yang berbeza daripada setiap individu. Ada yang menyokong pengambilan vksin dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Tidak kurang juga yang membuat pelbagai spekulasi akibat daripada proses vksinasi.

Zul Yahya yang sudahpun berhijrah dan mendekati agama berpendapat beliau lebih selesa mengikuti amalan sunnah yang telah sekian lama diamalkan dalam ajaran islam selama ini seperti mengamalkan Habbatussauda dan Madu kerana merasakan agak was-was dengan pengambilan vksin dan tidak pasti dengan kesan sampingan vksin tersebut.

Zul memuatnaik pendapat peribadi beliau itu menerusi hantaran terkini di Instagram beliau. Menurut beliau lagi 2 makanan sunnah berkenaan iaitu Habbatussauda dan Madu terbukti bukan sahaja dapat mencegah malahan mampu untuk mengubati beberapa jenis penykit sejak sekian lama.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran beliau itu telah menerima reaksi berbeza daripada para pengikut akaun Instagram beliau. Rata-ratanya berharap agar Zul boleh berfikiran lebih terbuka dan dapat menyeimbangkan ilmu akhirat dan ilmu dunia kerana kedua-duanya sama penting.

Tambah beberapa individu, mengikuti amalan sunnah adalah amalan yang mulia bagaimanapun pengambilan vksin tersebut juga adalah sebagai ikhtiar tambahan dan salah satu usaha manusia untuk merawat. Berikut dikongsikan beberapa komen yang di tinggalkan oleh netizen.

“bang dah dri dulu knpe xblhr rajin2 ,boleh jdi dkter.. sng abg je yg buat beraskn hbstusauda dan madu.. Mmg kita yakin dgn yg di bgtau dlm alquran.. jgn pikir apa krajaan bagi tpi pikir apa kita bgai kpda krajaan” – Netizen

“Hang toksah buat teruk la mr papaya. Cara ni cara ikhtiar. Dari hang bodo nak berhentikan anak sekolah demi menjamin masa depan anak hang? Dah terang terang tiada ubt untuk pandemik ni. Bila orang ikhtiar untuk produce v4ksin hang kata ni agenda yhdi. Hang tu bodo. Kolot.” – Netizen

“Nak elok lagi amalkan makanan sunnah..solat taubat dan hindari kemungkaran..Insya Allah..vrus c0vid akan diangkat..tapi kena sepakat semua..kalau sorang² tak jd” – Netizen

“Macam ni la bang. Saya belajar sains, degree dan insyaAllah nak sambung master lagi. Tapi saya juga belajar makrifatullah, tafsir, hadis, usul 20, dsb. Kita as islam, kita nak islam yang syumul.

Islam masuk dalam sistem juga, bukan kita ketepikan sistem sebab takde islam, tapi usahakan untuk masuk dalam sistem. Kalau tak, islam takkan gemilang seperti umayyah dan abasiyyah dulu. Hingga berkuasa 2/3 bumi.

Kalau tak masuk sistem, macam mana nak jadi seperti mereka yang Allah janjikan kekuasaan dibumi? (AnNur:55). Macam mana nak jadi tentera Allah yang memerangi fitnah dibumi macam Allah cakap (AlBaqarah:193).

Dunia ni, Allah dah tetapkan sunnatullah dia. Allah memang berkuasa nak jadikan manusia sekelip mata berkuasa di bumi, jadikan islam satu-satunya agama di bumi. Tapi Allah dah tetapkan sunnatullah yang kita kena ikut.” – Netizen

“Ye bang btul..kita hidup mmg kne blndaskan sunnah dan quran..tp isu vksin ni tpulang la pd hak individu..jgn la asik nk judge org je bang..islam ni mudah..yg baik kite ikut…yg was2 kita buat solat istikharah..mohon ptunjuk..

xperlu nk cari slah org lain je bang…kita semua ni mnusia smaa je ada akal fikiran..ada ilmu..ramai je ikut amalan sunna..amlkn mknn2 sunnah. ..diorg nk amik vksin hak diorg..Allah suruh hamba2NYA berusaha menangani wabak..nk ikut dua2 cara pn xde mslah…so abg zul xpyh risau sgt…

apapun kita serahkan pd Allah..tawakal pd Dia ..tu yg penting…nk berdakwah xperlu trus mnghukum ya…Rasulullah s a w pn dakwah cara ksih syg…..ikut la cara Rasulullah berdakwah..pandangan org tu trime..bkn tertawakn..

sebaliknya trgkn secara baik..ni org lain bg pndangn..abg zul tempik mcm org lain slh. Abg je btul..attitude tu xelok utk berdkwah bang..mcm sy ckp kita smua manusia biasa. Manusia pendosa..” – Netizen

Pokok pangkalnya dalam urusan pengambilan vksin ini akhirnya terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan. Amalan untuk makan madu, habbatus sauda juga adalah usaha untuk mencegah seperti yang disarankan dalam islam.

Buat masa ini tiada paksaan yang dilaksanakan oleh kerajaan agar setiap rakyat mengambil vksin. Buat yang sukarela ingin mengambil v4ksin boleh ikuti langkah mudah mendaftarkan diri seperti yang telah di arahkan oleh kerajaan melalui applikasi mysejahtera.

Sumber: ig zul yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*