“Tokram ni, mcm nk baca perutusan hari raya je” – Netizen

Buat peminat yang sentiasa mengikuti rancangan realiti hiburan menyanyi terutamanya, pasti sudah kenal dengan karakter seorang juri lelaki yang digeruni ini. Bila sudah tiba masanya untuk bercakap dan memberikan komen, kecut perut para peserta dibuatnya kerana takut diberikan kritikan pedas. Siapa lagi kalau bukan juri terkenal yang bernama Dato Ramli MS atau Tok Ram ini.

Ketegasannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang juri memang sudah dikenali sejak dari dahulu lagi. Maka para peserta haruslah berlapang dada dan menerima apa sahaja komen yang diberikan oleh Tok Ram kerana komen yang diberikan bukanlah komen yang diberikan sesuka hati sahaja.

Siapa sangka kejayaan besar yang dimiliki oleh Tok Ram harini merupakan hasil usaha dan titik peluhnya sendiri, kerana sejak dari kecil lagi Tok Ram tidak mempunyai nasib yang baik. Berasal dari keluarga yang susah, masa pernah memaksakan dirinya untuk menjadi buruh suruhan sewaktu dia masih kecil.

Minatnya dalam muzik yang begitu mendalam telah berjaya membawa kejayaan besar dan tuah buat dirinya. Pasti ramai yang masih berfikir bahawa posisi Tok Ram ini didapatkan dengan begitu mudah oleh dirinya. Namun  disebalik ketegasan dalam diri Tok Ram, dia sebenarnya merupakan seorang yang suka masak ketika di rumah.

Video promosi yang dibuat oleh Tok Ram di Instagramnya ini telah mendapat perhatian peminat yang terhibur dengan cara promosi dari Tok Ram. Dia telah mempromosikan penyanyi terkenal dari negara Indonesia iaitu Cakra Khan ini sempena konsert julungnya yang boleh ditonton secara live di laman web.

Mereka menganggap bahawa video tersebut persis seperti video pengumuman bulan puasa yang biasa dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Diraja.

Ini kerana posisi kedudukannya yang tegak dan percakapan yang sememangnya tegas telah membuat netizen dan peminat berfikir sedemikian.

Komen lucu dari netizen itu turut mendapat perhatian dari Tok Ram sendiri apabila dia telah membalas komen pada video tersebut. Namun ramai juga yang suka dengan video tersebut kerana dibuat dengan sangat spontan sekali oleh Tok Ram tanpa sebarang edit.

Seronok tengok Tok Ram bergurau dengan Cakra Khan macam tu. Untung juga Tok Ram dapat dengar penyanyi terkenal dari seberang ini menyanyi secara live di sebelahnya.

Sumber: Instagram Dato Ramli MS

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!