“Tok K kalau nk 1 Malaysia kecam, tambah la bini tu” – Netizen

Tokti kini sedang melalui hari-hari bahagia menantikan detik kelahiran anak keduanya yang dijangka dilahirkan sekitar April tahun ini. Sejak membuat pengumuman mengenai kehadiran cahaya mata kedua itu, Tokti sudah memperlahankan aktiviti seninya demi memberikan tumpuan buat perjalanan kehamilannya. Tokti juga lebih banyak meluangkan masa untuk membuat aktiviti bersama keluarga dan melayani kerenah anak sulungnya Aafiyah.

Beliau juga mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Aafiyah begitu mewarisi sifat lemah lembut dan penyantun ibunya. Tokti dikenali sebagai seorang yang sangat lembut ketika berbicara dan sentiasa menjaga tutur kata semasa bercakap dengan sesiapa sahaja walaupun ketika menjawab soalan yang agak kurang menyenangkan.

Walaupun suaminya Datuk K setia menemani isterinya itu kemana sahaja namun sangat jarang untuk melihat Datuk K untuk tampil menonjolkan diri di hadapan media.

Sempena ulang tahun hari kelahiran suaminya, Tokti telah mengadakan majlis makan ringkas terdiri daripada ahli keluarga beliau dan seorang rakan baik Datuk K. Sebagai aktiviti sampingan selain dari acara makan, Tokti telah meminta suaminya itu merakamkan video tiktok di mana suaminya itu perlu membuat pilihan terhadap soalan yang ditanyakan. Cabaran tersebut amat tular dan dinamakan sebagai this or that challenge.

Menariknya Datuk K tidak segan silu untuk bergurau senda dan menyakat Tokti menerusi pilihan-pilihan yang dibuat beliau dalam video berkenaan.

Apabila Datuk K perlu membuat pilihan antara tambah anak atau tambah isteri, Datuk K dilihat dengan sengaja mengusik Tokti dengan hampir-hampir saja membuat pilihan untuk menambah isteri.

Melihatkan video berkenaan rata-rata para peminat terhibur dengan gelagat Dato K dan rakan baiknya itu. Dato K yang umum kenali merupakan seorang ahli perniagaan yang serius. Suami kepada penyanyi tersohor itu sebelum ini sangat low profile dan tidak selalu menonjolkan diri.

Bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan oleh Tokti ini, para peminat meluahkan rasa terkejut dan seakan tidak percaya melihat sisi yang berlainan yang ada pada Datuk K. Tak sangka juga Datuk K seorang yang suka bergurau, sporting dan kuat menyakat isterinya.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen terhadap video berkenaan. Datuk K juga menerima amaran manja daripada para peminat Tokti bahawa sekiranya beliau berhasrat untuk menambah isteri beliau perlu berhadapan dengan kecaman rakyat Malaysia.

“Hahaha. The other side of Dato K” – Netizen

“Kelakarlah dato k ni.. Patutla tok ti terpaut hati.. Sekali ngn kita pun duk senyum² tau.. Hihihi” – Netizen

“Hahahaha dato’ k pun terjebak tiktok ek “ – Netizen

“dalam byk2 this or that ..ni yg paling lawak “ – Netizen

“Hahahhaa sporting tok K” – Netizen

“Dato K lawak eh hahahhahaha…” – Netizen

“Haha yeke takut tokti tuuu haha” – Netizen

“Sy yg ketawa sorg2. Comella dato.k” – Netizen

“Hahaha … Takut isterinyer… “ – Netizen

Datuk K berkahwin dengan penyanyi No 1 yang menjadi artis kesayangan rakyat Malaysia. Mana mungkin Datuk K akan cvrang. Datuk K sudah mendapat wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri.

Semoga kehidupan pasngan ini terus berbahagia dan gembira selalu. Bukan senang nak tengok Datuk K sporting melayan Tokti macam ni. Boleh tahan kelakar juga Datuk K rupanya.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*