“Time tgh syok jamming tu lah mak duk tny dh mkn ke idok” – Netizen

Sharifah Shahira atau lebih di kenali sebagai Shiera Ijoy merupakan seorang pelakon dan penyampai radio. Keperibadian diri beliau yang lucu, sangat peramah serta mesra membuatkan dirinya cukup di senangi oleh para peminat. Shiera yang kini merupakan penyampai radio Sinar FM dan masih lagi aktif dengan aktiviti seni. Beliau juga turut aktif di media sosial dan menjadikan platform berkenaan untuk beliau berkongsi apa sahaja rutin bersama peminat.

Untuk rekod, Sharifah Shahira mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Ijoy Azahari yang juga merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad.

Mereka berdua berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Mat Despatch dan dikurniakan 4 orang anak. Shiera juga mempunyai seorang anak perempuan Tallisya merupakan anak perkahwinan pertama beliau bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram Shiera, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan anak- anaknya sedang bermain pelbagai alat muzik untuk menghiburkan tetamu yang berkunjung kerumah.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah, rakan sekolah anak- anak beliau mengambil kesempatan berkumpul di rumahnya. Mereka menjemput rakan- rakan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama sama.

Menariknya anak Shiera serta para tetamu jemputan yang hadir juga memakai baju melayu dan baju kurung seperti menyambut perayaan hari raya aidilfitri.

Anak- anak shiera tidak ketinggalan menunjukkan bakat bermain alat muzik dan menjadi tumpuan para tetamu untuk merakamkan video kenangan.

Bagaimanapun di tengah kemeriahan anak- anak Shiera sedang bermain alat muzik, Shiera kemudiannya mencelah bertanyakan anak- anak sama ada anak- anak nya itu sudah selesai menjamu selera atau belum.

Mengintai keruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan bakat bermain alat muzik yang di miliki oleh anak- anak Shiera ini.

Ada antara netizen yang memberikan cadangan supaya anak- anak Shiera menubuhkan sebuah kumpulan muzik adik beradik ‘The Ejoys’ sempena mengambil nama ayah mereka.

Netizen juga memuji wajah anak- anak Shiera yang saling tak tumpah mewarisi wajah jelita serta kacak ibu bapa mereka. Jom kita baca komen- komen yang di tulis netizen di ruangan komen.

Seronok betul ada mak yang jenis kelakar tapi perihatin dengan anak- anak. Anak- anak tengah buat persembahan main alat muzik depan kawan- kawan pun boleh santai- santai tanya dah makan ke belum. Nampak kawan- kawan anak pun rapat dan mesra dengan Shiera ni.

Sumber: ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!