“Tido cantik dato, bila jaga aauumm”- Sheiraijoy

Setiap kejayaan seseorang pastinya ada pahit getir yang mereka pernah lalui untuk terus bangkit tanpa rasa mengalah. Bila kita mahu berjaya, memang banyak cabarannya. Maka kerana itu kita perlu terus teguh berdiri dan tidah mudah puttus asa. Terutamanya bagi usahawan yang siang malam bekerja demi perniagaan mereka, langsung tidak berhenti mencari rezeki.

Tidak terkecuali, usahawan terkemuka Dato Seri Vida juga sentiasa rajin berniaga produk perniagaan miliknya di laman sosial media. Inilah pengorbanan seorang usahawan.

Seperti yang ramai ketahui, Vida antara usahawan yang berjaya dan menceburi bidang perniagaan lebih daripada 10 tahun.

Meskipun sudah berjaya, beliau tetap gigih berusaha menaikkan jualan bagi produk perniagaannya menerusi Tiktok Live dan Instagram Live. Bukan mudah ya untuk berjaya..

Sehinggakan Vida sendiri tertidur kepenatan ketika berlangsungnya live di aplikasi Tiktok. Rakaman skrin telah dimuatnaik oleh Vida semula menerusi Instagram baru-baru ini.

Rata-rata netizen memberi pelbagai respon menerusi ruangan komen. Ada sebahagian netizen akui, Vida memiliki kecantikan yang semulajadi dan cantik berseri walaupun tengah tidur ketika live di tiktok.

Ada juga netizen sempat ‘mengata’ Vida yang sepertinya mengikut perilaku Sajat yang juga tertidur ketika live di Tiktok.

Sementara itu, video dikongsi Vida telah mencapai 248,000 tontonan dan hampir 200 komen daripada netizen.

Komen daripada Sharifah Shahira juga turut menjadi perhatian ramai netizen dan menerima komen balas dari Vida sendiri.

Alahai kesian tengok dato vida, struggle cari duit kan.. Bukan mudah ya nak berjaya. Semoga terus kuat dato vida.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!