“Tgklah perangai dia ni tak kacau org tak sah, Daddy oh Daddy” – Eira Syazira

Sifat kelakar ini sebenarnya adalah satu bakat dimana tidak semua orang punyai bakat tersebut. Membuat org tersenyum dan gelak apabila bersama dengan kita itu satu kebolehan yang ramai suka. Kerana sifat ini membuatkan ramai orang senang dan mahu berkawan dengan kita. Kerana dengan sifat itu juga kita dapat merapatkan lagi silaturahim dalam sesuatu komuniti.

Siapa tidak mengenali pelakon lelaki yang kini lebih banyak fokus dengan keluarga dan perniagaannya iaitu Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad.

Seperti ramai yang ketahui, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon wanita iaitu Eira Syazira yang pernah popular dahulu dengan drama berjudul ‘Cinta Balqis’.

Pasangan ini bersama menjayakan produk keluaran mereka setelah mereka kurang menceburkan diri dalam industri hiburan.

Seperti kita ketahui, Azad seorang yang sangat kelakar dan mempunyai personaliti yang membuatkan orang senang bersamanya. Sering kita terlihat di sosial media isterinya kongsikan video gelagat beliau.

Baru-baru ini, isterinya Eira berkongsi lagi gelagat suaminya itu ketika hendak membayar makanan di restoran.

Dilihat di dalam video tersebut, Pak Azad buat-buat terkejut melihat bil resit yang diberi oleh staff restoran tersebut. Dilihat juga, staf restoran itu juga terkejut melihat respon Pak Azad melihat bil resit yang diberinya.

Gelagat Pak Azad memang sentiasa mencuit hati isteri dan anak-anaknya. Bukan mereka sahaja, sesiapa yang berada berdekatan Azad juga pasti akan terhibur melihatnya.

Netizen juga terhibur melihat gelagat Azad yang buat-buat p3ngsan selepas melihat jumlah yang perlu di bayar selepas makan di restoran tersebut. Ada juga yang memuji Eira kerana kecantikannya berkekalan kerana selalu terhibur dan terlihat bahagia melayani gelagat suami.

Sesiapa pasti mengidamkan pasangan yang sering membuatkan kita terhibur dan gelak sepanjang hari. Namun walau apa pun, sebagai seorang insan, kita haruslah bersyukur sahaja dengan apa sahaja kurniaan dari Allah supaya kita lebih bahagia dalam bersyukur.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!