“Tetiba ada plak orang kampung dekat stadium yek”- Netizen

Siapa saja tak suka kalau terserempak dengan rakan-rakan rapat kita kan ? Sudah semestinyalah kita sangat happy kalau terjumpa dengan rakan kita di mana-mana kita pergi. Sama ada kita terserempak dengan mereka atau pun memang sudah rancang untuk berjumpa di sana. Betul tak ? Dia punya excited terjumpa tu lain macam.

Ada dimuat naik video Nurkhiriah dan juga Dato’ Fizz Fairuz yang terserempak di stadium sewaktu perlawan bola sepak. Haa, stadium tu punyalah besar, boleh pulak terserempak dua orang ni kan ? Ni memang betul-betul ada chemistry ni. Heheh, betul ke ?

Sedia maklum bahawa mereka berdua ni memang sangat rapat, dahla perangai sama-sama masuk air, tiap kali ada drama bersama saja, mesti semua orang akan terhibur dengan telatah dan gelagat mereka berdua ni,aishh tak pernah tak terhibur.

Tiba-tiba, kali ini pula terserempak dengan mereka berdua lagi di stadium bola sepak. Sebesar-besar stadium tu, boleh pulak terjumpa eh ? Habis lah riuh terus dua orang sahabat ni. Kalau korang tengok gelagat mereka berdua tu, mesti korang akan terhibur tau.

Bukan main riuh lagi mereka bila bertemu tu. Macam member yang dah lama tak jumpa. Riuh rendah, orang tu record orang ni, orang ni record orang tu. Bila masa je tak kepoh mereka berdua ni, kita yang tengok ni pun turut terhibur tau dengan mereka berdua.

Terbahak-bahak tau tengok cara mereka ni. Excited tu lain macam. Padahal selalu je terjumpa di set pengambaran, tapi kalini terjumpa dekat stadium, membuatkan mereka lebih excited , yelah biasa jumpa dekat set je kan.

Ada tak di antara kalian di sini agaknya yang terjumpa dengan dua orang sahabat karib ni ? Mana tahu korang duduk seat di sebelah salah seorang di antara mereka. Mesti korang dengar kan riuh rendah mereka berdua ni ? Terbahak-bahak kita dibuatnya.

Korang kalau dapat jumpa dengan member korang pun, mesti korang akan excited juga kan ? Siapa je tak excited bila dapat jumpa dengan member kita, tak kisahlah dah lama jumpa atau pun tak jumpa satu dekad pun. Mesti excited. Banyak menda nak cerita ni.

Justeru, memang tak dapat bahawa tiap kali terserempak dengan kawan-kawan kita, mesti kita aka  excited. Eh, tapi ada juga yang malu dan cuba menyorok dengan mereka kan ? Hehe, ni mesti jenis yang introvert. Apa pendapat anda ? Cuba share sikit.

Sumber : Ig Khiriah17

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!