Tertido dpn tv. Tgh mamai nmpak abg ipar ingin kedapur, tiba2 rasa dia selimutkan dgn sentuhan pelik

Foto sekadar hiasan.Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya. Kepada pembaca yang budiman harap anda dapat memberi pandangan tentang permasalahan saya. Saya ceritakan secara ringkas. Nama saya Ana (bukan nama sebenar), umur awal 30 an dan masih bujang. Saya bekerja sendiri, bisnes kecil-kecilan bersama kakak saya. Kakak saya sudah berkahwin dan saya tinggal bersamanya memandang kan dekat dengan tempat kerja.

Hubungan saya dan kakak sangat baik, tiada rahsia antara kami.Kakak saya dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan seorang putri yang sangat comel.Hubungan saya dan anaknya sangat baik.Saya sangat sayangkn anak buah saya seperti anak saya sendiri. Hubungan saya dengan abang ipar pun baik.

Sepanjang tinggal bersama mereka segalanya baik. Asam garam rumah tangga mereka tiada rahsia pada saya. Saya bersyukur dapat abang ipar yang tidak pernah berkira dengan kakak saya dan juga keluarga. Ibu dan ayah juga sangat menyanyangi abang ipar.

Pada pandangan saya abang ipar seorang lelaki yang baik, ayah yang baik dan juga suami yang baik, Tetapi manusia ini tidak sempurna , ada juga kekurangan dirinya seperti terlalu kerap main game dan cemburu.

Hubungan kakak dan abang kadang kala ok. Kadangkala tidak. Saya anggap abang ipar seperti abang sendiri, tidak pernah terlintas walau sikit dalam fikiran saya seandainya dia akan melakukan hal2 yang tidak baik pada saya.

Cuma baru2 ni ada perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran saya ia akan berlaku. Ada satu kejadian. Saya tertido diluar, di depan tv. Saya agak mamai, tapi saya boleh nampak abang ipar ingin ke dapur, tiba2 saya dapat rasa die selimutkan saya, dengan sentuhan yang pelik.

Saya terkaku dan die ciium bahu saya dan dia terus masuk bilik. Saya rasa amat terkejut dan tak sangka apa yang saya lihat. Saya cuba lupakan dan anggap mungkin ape yang die buat sebab rasa sayang dia pada saya sebagai adik.

Perkara tu amat mengganggu saya, 2 hari lepas kejadian saya tido dibilik. Bilik saya berkongsi toilet dengan bilik sebelah dan jika nk ke bilik saya boleh melalui bilik sebelah. Abang dan kakak tido di master bedroom. Toilet pintu memang ada masalah. So tidak boleh dikunci.

Selama tinggal dengan mereka abang ipar tidak pernah masuk bilik saya, sejujurnya dia menghormaati hak peribadi saya. Tapi pada malam itu, saya tersedar tiba2, dan saya nampak dia ada dalam bilik saya. Yaa Allah dengan pakaian tido saya yang tak sempurna, walaupun dalam gelap saya tahu itu dia. Saya menggerakkan badan saya dan saya nampak dia tunggu di pintu toilet.

Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Saya cuma buat banyak pergerakkan supaya dia tahu saya hampir sedar. Lama kemudian saya dengar dia masuk bilik.

Saya rasa sangat sedih dan kecewa, kenapa dia berkelakuan begitu. Saya tahu kakak saya kadang kala sangat sibuk. Kami kerja bersama dan kerja tidak menentu. Saya tahu keadaan rumah tangga mereka turun naik dan hanya anak pengikat cinta mereka.

Saya tidak tergamak nak beritahu kakak, saya tahu andai saya beritahu kakak, dia tak kan dapat maafkan abang ipar. Saya terbayangkan anak mereka, anaknya sangat rapat dengan abang. Apa yang saya cuba luahkan, sepanjang 8 tahun kenal abang ipar, hidup bersama mereka tidak pernah sekali dia mengambil kesempatan.

Apa yang harus saya lakukan? Saya takut perkara ini berulang lagi. Perlu ke saya terus terang saja dengan abang ipar supaya tidak melakukan hal ini lagi demi anak dan isterinya. Saya tidak mahu rumah tangga mereka musnah.

Saya tahu abang ipar sangat sayangkan keluarga kecil mereka, cuma saya tak tahu kenapa dia bertindak demikian. Saya harap sangat sekiranya pembaca boleh beri saya pendapat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya.

Antara komen netizen :

Shazana Daud :1. Pindah rumah.2. Jaga adab dan aurat. Macamana rapat pun, abang ipar tu tetap bukan mahram awak..

How come you simply tertido depan tv? Sepatutnya, duduk di ruang yang shared macam tu, baring pun tak boleh. You are not 3 months old baby.

Radin Arishah :Benda mcm gini pun nak kena minta pendapat org ke? Tak terpikir nak pindah? Dah tau abg ipar tu mula buat perangai, nak tunggu apa lagi? Silap haribulan, abg ipar tu pulak buat cerita kat kakak tu. Hidup ni kena pantas berfikir, jgn asik tunggu org bagitau apa nak buat.

Liyana Noor :Benda simple, pindah rumah la.. Peraturan kena ada.. Duduk umah org jgn lama lama. Abg ipar tetap org luar. Jaga aurat jaga batas jgn rapat sgt.. Ko sibuk hal rumah tangga org sampai tahu semua cerita tu pun dah salah dari segi adab rumah tangga.. Sila keluar segera… Jgn nk buat naif sgt. Jgn smp bergaduh adik beradik.

Kawan saya pernah kena. Abg ipar hampir rgol dia. Mengadu kt sapa pun org tak percaya siap bermusuh dgn kakak. Abg ipar mana nk ngaku.. Aku saksi dia balik matrikulasi dgn jalan kaki berkilometer dgn keadaan ketar dan nangis. Lagi family x caya.. Sbb abg ipar baikkkk sgt katanya..kesian sgt kt dia.

Tu pasal aku dgn iPr duai jaga jarak. Hal rumah tangga org jgn kacau. Jg adab dgn lelaki.. Walau pun saudara kandung. Lelaki jgn la kau percaya sgt.

Saidatul Halim :Pindah kak pindah. Rasanya saya bukan orang pertama yang suruh pindah dekat sini. Rumah kelamin tak elok kalau yang bujang datang menumpang. Tak kisah lah kakak ke abang ke adik ke. Syaitan takkan berhenti buat kerja.

Sekarang mungkin kak rasa jelik rasa takut dengan kelaku abang ipar tu. Tak mustahil 1 hari nanti rasa jelik tu berubah ke rasa berkenan. Bukan takde kak bukan takde. Banyak sangat dah jadi kes2 sumbang mahram gini. Ini zaman fitnah.

Izaty Ibrahim :1st baca aku ingt umo ko lepas spm ke apa..2nd time baca..dah 30an rupanya. Please have a common sense sis.

Rumah berkelamin, tak elok ipar bujang even laki/ppuan tinggal lama2 dlm rumah tu. Baca sabda nabi kan, ipar adalah maut?

Ko umo 30 lah. Kluar rumah cepat2. Cari life sndiri..rumah or bilik sewa sendiri. Ke ko nak bergaduh adik beradik kelak?

Ct Zaba :Sometime xfaham la jenis adik brdik yg ad kemampuan utk stay sdri tapi pilih jugak nk menumpang kakak/ abang yg dh ad fmily ni..mmg xde common sense ke orang nak privacy ke apa? Ke nk mnumpang senang xnk susah2 berdikari? Bila dh jadi cmni pun nk tanya pendapat org lg.sigh

– Ana (Bukan nama sebenar) via iiumc/ edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*