“Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah”- Tomok

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kebiasaannya bakat seorang bapa pasti akan diwarisi anak-anaknya. Bukan setakat wajah sahaja yang iras sama macam ibu atau bapa kita, bakat seseorang anak pun boleh mengalir dalam diri anak-anak tau. Pokok pangkalnya ibu bapa adalah teladan buat anak-anak.

Contohnya seperti penyanyi Tomok, anak sulungnya iaitu Arrian saling tak tumpah sama hobi dengan bapanya yang suka bernyanyi.Melihat gelagat Arrian yang sering dikongsi Tomok menerusi posting video di Instagram, ramai netizen terhibur dengan Arrian yang comel itu.

Siapa sangka, Arrian boleh hafal lagu-lagu nyanyian bapanya. Ini baru dikatakan peminat setia Tomok hehe..

Baru-baru ini, Tomok berkongsi video yang memaparkan anaknya sedang khusyuk menyanyikan lagu tomok. Reaksi wajah tomok kelihatan terkejut saat melihat anaknya khusyuk bernyanyi lagu miliknya.

Rata-rata netizen terpukau dengan kehandalan Arrian menghafal lagu bapanya sendiri. Mana tahu, Arrian bakal jadi pelapis baru kan..

Video dikongsi Tomok itu sekaligus menerima 426,000 tontonan dan 600 komen daripada netizen. Ramai netizen juga turut memuji wajah tampan Arrian yang mirip dengan wajah Tomok.

Malah netizen turut meninggaalkan komen mengusik Arrian sudah boleh menggantikan tempat bapanya sebagai vokalis New Boyz.

Melihat pada perkembangan Tomok di Instagram, beliau sentiasa berkongsi foto dan video bersama anak-anak kesayangannya di laman Instagram.

Perkembangan anak-anak Tomok juga sentiasa dimuatnaik di laman sosial media. Tomok pun sentiasa meluangkan masa lebih kepada keluarganya.

Orang kata bapa borek anak rintik. Memang sama betul perangai Arrian dengan Tomok. Bakat menyanyi dari Tomok dah turun dekat Arrian, sampai Arrian dah hafal lagu ayah dia sendiri. Bagusnya Arrian, boleh lah belajar menyanyi dari Tomok sendiri.

Sumber: Instagram tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!