“Teringat kat arrwah adik, usia pun sebaya Shahida” – Yatie Sendayu Tinggi

Noor Haryati Kamarzaman atau lebih selesa dikenali sebagai Kak Yatie di laman sosial medianya adalah antara salah seorang wanita Malaysia yang telah berjaya membina empayar perniagaannya iaitu Sendayu Tinggi selepas ibunya Bonda Rozita memberikan amanah itu kepadanya. Siapa yang menyangka seorang yang begitu berjaya di dalam hidup mempunyai kisah kanak-kanak yang takkan beliau lupakan.

Menurut Yatie di laman sosial beliau. beliau mempunyai seorang lagi adik selain Aliff Syukri yang dikenali sebagai Ani. Menurutnya lagi, setelah mendapat adik ipar buat pertama kali, ianya mengingatkan beliau kepada arw4h adiknya itu yang sangat rapat dengannya.

Masa 1st time dpt ipar perempuan seronoknya lah. Sbb teringat kat arrwah adik, usia pun sebaya shahidadherbs. Terus terbayang2 kalau adik Kak Yatie masih ada macam mana la rupanya. Mesti dia paling excited ajak adik ipar dia bergurau.

Dia ni manja tau dgn Kak Yatie. Yg faham bahasa dia cuma Kak Yatie sorang je. Mak Kak Yatie pun x paham dia ckp apa sbb mcm bahasa alien . Ani ni oku sbb demam panas masa baby. Tengok la kalau bergambar tangan dia kat mana. Kalau tido mmg akan berkepit. Pernah jadi kes, masa duduk dgn arw4h nenek lah.. dia ni suka terkencing malam.

Kak Yatie suruh dia tido kat bawah. Sbb nak bg pengajaran spy dia berdikari tak basahkan katil lagi. Kejap2 Kak Yatie tgk dia kat bawah tu, sian pulak. Besar mata tengok kami berdua kat atas katil. Kesudahannya, Kak Yatie lampinkan dia dgn kain batik tiap2 malam mcm baby.

Bila belek gmbr bondarozitaibrahim dlm blog ni.. baru perasaan si aliffsyukriterlajaklaris ni mmg kaki melaram walau berselipar. Menten semat baju dalam seluar. Habis hati lah tu.” kata Yatie di dalam laman instagramnya.

Apa yang diluahkan beliau itu terlihat bahawa beliau sangat merindui arw4h adiknya itu.

Rata-rata netizen mengatakan Yatie dan adik beradiknya sangat comel ketika kecil. Ada juga yang terkesan apabila melihat gambar-gambar lama Yatie dan bersyukur atas apa yang ada.

Pastinya, yang hidup itu akan pergi jua. Namun kita yang masih hidup harus meneruskan hidup dan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk yg sudah pergi.

Sumber : Ig Yatie sendayutinggi

Artikel ini disediakan oleh Cite Ohsem . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*