“Terima kasih sudah menjadi kakak terbaik buat Aafiyah” – Tokti

Nama Dayah Zubit mungkin agak asing namun para peminat Dato Siti Nurhaliza pastinya mengenali beliau sebagai pengasuh Aafiyah. Dayah adalah individu yang tidak lekang menemani Siti Aafiyah kemana sahaja si cilik itu pergi. Dayah yang juga merupakan seorang jururawat mengambil tanggungjawab menjaga Aafiyah semenjak Aafiyah masih bayi lagi. Dayah memulakan perkhidmatan bersama Tokti sejak 2018 sehingga kini.

Hubungan yang begitu erat terjalin antara Dayah dan Aafiyah membuatkan Dayah sanggup menolak tawaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang menawarkan jawatan tetap sebagai jururawat di Hspital Pulau Pinang. Hati Dayah berbelah bahagi dan sangat berat untuk berpisah kerana kasih sayang beliau yang mendalam terhadap Aafiyah.

Dayah baru sahaja menamatkan zaman bujang apabila memilih seorang pemain bola sepak yang merupakan pemain sayap Terengganu Mohammad Ridzuan Razali sebagai pasangan hidup.

Majlis akad nikah mereka berdua telah diadakan secara sederhana di Pulau Pinang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Baru sahaja menamatkan zaman bujang beberapa hari lepas, hari ini pula adalah hari ulang tahun kelahiran pengasuh anaknya itu.

Tokti telah memuatnaik ucapan dan doa buat Dayah menerusi instagram story dan mengucapkan terima kasih buat Dayah kerana telah menjadi pengasuh yang terbaik kepada anaknya.

Setelah bergelar isteri, Tokti turut mendoakan agar Dayah menjadi seorang isteri yang mithali. Tokti juga memuatnaik sebuah video yang memaparkan gambar Dayah bersama anaknya Aafiyah. Terasa keikhlasan hati Tokti yang sangat menyayangi Dayah bagaikan ahli keluarga beliau sendiri.

Ucapan daripada Tokti itu menerima maklum balas daripada Dayah dengan mengucapkan terima kasih kepada majikannya.

Dayah juga berkata beliau merasa sebak apabila Tokti turut memuatnaik video yang menunjukkan keakraban hubungan yang terjalin antara beliau dan Aafiyah sejak kecil hingga sekarang.

Siapa yang tidak sebak melihatkan majikan menghargai dan kita melayani kita seperti ahli keluarga mereka sendiri. Akrab betul hubungan Tokti sekeluarga dan Dayah.

Kadang kala orang luar juga boleh jadi seperti keluarga sendiri apabila mereka betul-betul ikhlas hati menjaga anak kita seperti ahli keluarga mereka sendiri. Semoga hubungan yang terjalin antara Dayah dan Aafiyah tetap utuh sehingga Aafiyah dewasa kelak.

Sumber : ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!