“Terima kasih sayang bok mantan isteriku…”, Takdir yang tertulis versi Norman Hakim

Kehangatan drama Takdir yang Tertulis masih lagi terasa dek kerana penangan plot twist yang tidak di sangka-sangka sehingga membuatkan para penonton masih ramai yang tidak berpuas hati. Para peminat drama tersebut juga berhasrat agar pengarah drama berkenaan iaitu Shahrulezad membuat sambungan drama berkenaan pada musim kedua kerana penamat drama kelihatan agak tergantung dan mngalkan seribu persoalan mengenai ayah kandung sebenar Mika.

Kekecohan mengenai penamat drama berkenaan bukan sahaja diluar jangkaan penonton malahan teraju utama drama berkenaan juga tidak mengetahui selingan babak terakhir mengenai Hakim. Pelakon watak Hakim iaitu Muaz Fitri Maslan memegang penuh erat amanah pengarah mengenai plot twist penamat drama berkenaan.

Drama yang begitu memberikan impak yang cukup besar itu masih lagi diperkatakan oleh para peminat. Para peminat juga sering terbawa-bawa kisah mengenai empat sahabat dalam drama Takdir yang Tertulis berkenaan hingga ke realiti apabila para pelakon dan pengarah juga seringkali menerima tempias emosi penonton terhadap beberapa babak yang dilakonkan dalam drama berkenaan.

Bagaimanapun tanda kita sedari adakalanya jalan cerita yang berlaku di dalam drama sebenarnya cukup dekat dengan kisah sebenar yang telah berlaku di realiti. Mungkin kesudahan watak tidak sama seratus peritus namun masih menyamai pengajaran yang ingin drama tersebut tonjolkan.

Begitulah yang di lalui oleh pelakon Norman Hakim. Norman tidak ketinggalan untuk menyentuh mengenai drama berkenaan. Sebagai seorang yang pernah melalui jatuh bangun dalam kehidupan berumahtangga dan kerjaya, beliau berkata jalan cerita drama berkenaan telah memberikan pengajaran besar buat penonton.

Memuatnaik caption menerusi Instagram beliau, Norman percaya Allah telah menetapkan perjalanan kehidupan seseorang manusia sejak dari azali. Disebabkan itulah kita perlu mempercayai qada dan qadar seperti yang dituntut oleh islam menerusi rukun iman.

Kata Norman lagi jika kita percaya dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk kita maka kita akan redha dengan takdir yang telah tertulis untuk kita.

Buat Norman, cara menghargai seseorang yang kita sayang bukanlah dengan meletakkan mereka dalam hati tetapi dalam doa. Sebagai manusia biasa, hati kita akan sentiasa berbolak balik namun doa yang kita tititpkan buat insan tersayang sentiasa akan kekal di langit Allah.

Walaupun badai besar pernah melanda rumahtangga beliau suatu ketika dahulu, namun ternyata atas izin Allah siapa sangka hubungan mereka menjadi sangat akrab dan harmoni hari ini.

Norman juga mengucapkan terima kasih buat Memey Suhaiza yang sentiasa berusaha untuk menjadi isteri terbaik buat beliau dan sudi untuk menerima diri beliau seadanya.

Tidak lupa juga, Norman tetap menulis ucapan buat bekas isterinya iaitu Abby Abadi. Norman mendoakan Abby agar sentiasa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya serta turut berterima kasih kepada suami Abby iaitu Jai Ezzany kerana menjadi suami yang terbaik buat Abby.

Ucapan penuh emosi itu membuatkan netizen turut merasa terharu dan sebak. Buat yang mengikuti kisah rumahtangga Norman Hakim suatu ketika dahulunya pastinya memahami perjalanan penuh liku yang dilalui oleh beliau.

Namun jika percaya ketetapan yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti kita akan menerima takdir yang tertulis dengan penuh redha kerana rancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya.

Berikut dikongsikan beberapa komen netizen yang kagum dengan sikap mereka sekeluarga. Netizen juga mendoakan agar keluarga ini terus memberikan contoh dan inspirasi yang baik buat masyarakat.

“Andai ke eg0an diri boleh di tolak ke tepi… Ini lah HASIL nyer.. Sgt menjadi CONTOH buat semua.. Dlm kebaikan pasti ada kekilafan tapi di tutup rapi utk di jadikan satu KESEMPURNAAN…… Alhamdulillah “ – Netizen

“Keluarga sakinah mawaddah warohmah yg patut kite contoh” – Netizen

“hebat sungguh bila kita meletakkan niat berkasih sayang kerana Allah.. kluarga contoh” – Netizen

“Bukan mudah tapi berjaya melakukannya, alhamdulillah tumpang gembira” – Netizen

“Alhamdulillah bro.. Semoga dipermudahkan segala urusan buat bro sekeluarga…aamin” – Netizen

“Terharu pula sy baca.. ape2pun sy suke tgk family ni bersama” – Netizen

“Alhamdulillah.moga berkekalan Silaturrahim terjalin. Terima kasih jadi role model pada masyarakat.” – Netizen

Bukan mudah berbaik dan menerima dengan hati terbuka untuk bersahabat dengan bekas pasngan. Apatah lagi sekiranya kegagalan rumahtangga itu pernah menggmparkan dunia hiburan suatu ketika dahulu.

Sebagai manusia cukup sukar untuk kita menurunkan eg0 untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf. Ternyata keputusan yang dibuat mereka demi kebaikan anak-anak telah memberikan kesan yang cukup positif buat keluarga ini.

Sumber: ig normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*