“Terima kasih krn mghargai seorg isteri, mghargai ni senang tp rmi susah nk buat” – Netizen

Sebelum ini telah tular satu isu hangat yang melibatkan nama personaliti media sosial iaitu Maryam dan Rizal yang popular menerusi saluran youtube Duriankimchi. Beberapa bulan lalu pasangan ini telah terlibat dengan kntr0versi yang melibatkan satu kaaum di Sarawak. Oleh itu pasangan ini telah mengambil langkah untuk  mendiamkan diri buat sementara waktu bagi meredakan isu yang sedang panas ketika itu.

Isu berkenaan timbul apabila sebuah stesen TV telah menjemput Rizal dan isterinya yang merupakan seorang warganegara Korea Selatan untuk memeriahkan satu episod program hiburan. Di dalam program berkenaan Maryam telah menyarung busana tradisional masyarakat Iban.

Rizal yang suka mengusik isterinya secara tidak sengaja telah mengatakan bahawa pakaian tradisi masyarakat Iban yang dipakai oleh isterinya itu seolah- olah kelihatan seperti kain buruk dan alas TV.

Seperti kata pepatah terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya, kata- kata yang di keluarkan oleh Rizal di Instagram story semasa program hiburan berkenaan di adakan telah menyinggung perasaan masyarakat Iban di Malaysia.

Sedar akan kesilapan, pasangan personaliti media sosial ini juga telahpun membuat permohonan maaf terhadap isu tersebut serta mengakui keterlanjuran kata- katanya.

Menerusi perkongsian terkini Rizal di instagram beliau telah berkongsi sebuah video yang memaparkan beliau memberikan kejutan menghadiahkan seutas rantai kepada isterinya Maryam. Tulis Rizal di ruangan caption, sewaktu beliau menikahi Maryam dahulu, beliau telah membelikan isterinya itu sebentuk cincin, senaskah Al- Quran dan sepersalinan solat.

Sebagai menghargai pengorbanan isterinya itu yang juga ibu kepada anak mereka, Rizal memberikan hadiah kepada Maryam sebagai tanda penghargaan. Rizal mengucapkan syukur kepada Allah kerana berkat perkahwinan bersama Maryam juga rezeki mereka berdua semakin melimpah ruah.

Menjengah ke ruangan komen, hadiah pemberian Rizal itu telah menyentuh hati para netizen yang rata- ratanya terharu dengan tindakan Rizal yang begitu menghargai isteri.

Maryam begitu terharu dan gembira dengan hadiah pemberian Rizal itu namun reaksi Maryam di akhir rakaman video yang mngalkan kesemua hadiah pemberian Rizal di atas meja demi mencari makanan mencuit hati para peminat pasangan ini. Berikut dikongsikan komen – komen netizen terhadap video tersebut.

“Alhamdulillah… semoga makin melimpah ruah rezeki utk ryzal ibrahim in aamiin .In syaa Allah kalau Selalu spend for isteri, anak2 and family memang rezeki yang tak disangka sangka akan Dia beri walau semuanya pinjaman semata2 tetap bersyukur dapat merasai. Enjoy urself as wife and mommy to be Maryam” – Netizen

“Smg kekal bahagia till jannah Rizal and Maryam. Smg dimudahkan segala urusan tuk bersalin nnti ye Maryam. Saranghae” – Netizen

Setiap pasangan juga pasti mempunyai cara mereka yang tersendiri demi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing- masing. Tindakan Rizal yang memberikan hadiah sebagai kejutan kepada isterinya untuk menghargai Maryam boleh di jadikan contoh dan inspirasi kepada orang lain juga. Semoga urusan pasangan ini dipermudahkan dan Maryam juga diberikan kemudahan dalam proses kehamilan beliau.

Sumber : Instagram ryzalibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!