“Tengah geram tiba2 blh gelak. Risau betul takut gigi Kak Jo terabur” – Netizen

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad. Drama rantaian tersebut ditayangkan menerusi slot samarinda mulai 21 Januari 2021. Drama tersebut mengisahkan mengenai Nad Zainal yang membawa watak utama sebagai Juweta berkawan baik dengan Elvina yang membawa watak sebagai Ruhila.

Persahabatan mereka berdua yang bermula sejak zaman universiti diuji apabila Juweta mendapat tahu bahawa suaminya Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman telah berkahwin dengan rakan baiknya sendiri Ruhila. Ruhila telah meminta Azlan untuk menjelaskan kembali kepada Juweta dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Azlan telah menyukai Ruhila sejak zaman universiti namun berkahwin dengan Juweta atas permintaan Ruhila kerana Ruhila mahu menjaga hati Juweta yang menyimpan perasaan terhadap Azlan.

Setelah dikecewakan oleh kek4sihnya Ean, Ruhila akhirnya meminta Azlan untuk mengahwininya untuk melupakan Ean.  Bagaikan bulan jatuh keriba, Azlan mengahwini Ruhila dalam diam sejak 7 tahun lalu.

Azlan yang semakin tertekan dengan sikap Juweta yang sangat bossy kerana menjawat jawatan sebagai CEO dan tidak menghormati dirinya sebagai suami menyebabkan Azlan membuat tindakan nekad untuk menyingkirkan Juweta daripada syarikat arwh bapanya sendiri.

Sebagai pengarah beberapa drama popular, Shahrulezad sangat bijak mengolah plot cerita agar setiap watak mampu memberikan emosi yang berbeza kepada penonton.

Perjalanan drama ini dalam setiap episod membuatkan para penonton yang pada awalnya merasa sangat geram dengan watak Juweta yang tidak menghormati suami berubah menjadi kasihan apabila ditikam dari belakang oleh suami dan rakan baiknya sendiri Ruhila dan Azlan.

Bersiaran pada episode ke lima kelmarin, konflik semakin meruncing apabila Ruhila dan Azlan ingin mengambil alih rumah dan segala yang merupakan kepunyaan Juweta.

Pembantu rumah Juweta mula bersuara kerana kasihankan Juweta dan memarahi Ruhila kerana cuba menjadi perampas. Episod kelima berakhir apabila Ruhila menampar pembantu rumah Juweta.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, pengarah drama tersebut iaitu Shahrulezad berkongsi sebuah video yang menunjukkan sedutan di sebalik tabir apabila watak Ruhila yang dilakonkan oleh Elvina menampar pembantu rumah Juweta yang dilakonkan oleh Uchee Fukada.

Shahrulezad menunjukkan, setelah selesai melakonkan babak tersebut mereka yang bekerja di belakang tabir juga turut ketawa melihat wajah Uchee Fukada yang hampir tertanggal gigi palsunya setelah ditampar oleh Ruhila.

Rata-rata netizen juga berkata mereka turut terhibur walaupun emosi ketika itu sangat membuak kerana geram dengan karakter Ruhila.

Gelagat melucukan pembantu rumah Juweta membetulkan giginya mengundang derai tawa para penonton yang tidak menyangka babak penuh emosi tu bertukar menjadi kelakar. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen video berkenaan.

“Hahahhaa ni ku risau gigi yg lancar dulu kang jakgi” – Netizen

“Nasib baik x tertanggal gigi kak wushsu” – Netizen

“hahahaahaa risau plk kot tercabut gigi kak joe” – Netizen

“Tersembur oii tgh minum” – Netizen

“time ni mak kata sebbaik tak luquh gigi dia “ – Netizen

“Knp x bt scene kasi gigi kak jo brterabur je..haha” – Netizen

“Tengah geram tetiba hujung² boleh gelak mengekek pulak. Addoooiii…” – Netizen

“Mmg smlm ending dia xjadi marah” – Netizen

“Risau betul kita takut gg kak jo terabur hahahaha” – Netizen

Barisan pelakon untuk drama ini betul-betul memberikan lakonan yang terbaik untuk drama ini. Nad Zainal juga tidak kurang hebatnya menjiwai watak walaupun sedang mengandung 2 bulan.

Ramai yang tak sabar menunggu episode berikutnya isnin minggu hadapan. Apa lagi konflik yang bakal berlaku selepas ini dan apakah kesudahan yang bakal berlaku kepada Juweta.

Sumber: ig budakijat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*