“Tengah bersedih ni boleh tergelak tengok” – Netizen

Aplikasi Tik Tok sering digunakan untuk mengongsikan pelbagai jenis video. Ada pengguna yang suka mengongsikan ilmu namun tidak kurang juga ada yang menggunakan Tik Tok hanya sebagai hiburan semata-mata. Biasanya, pengguna yang menggunakan Tik Tok untuk tujuan hiburan selalunya akan memuatnaik video yang lucu-lucu dengan ‘filter’ yang lawak. Bukan orang biasa sahaja yang sering terjebak dengan Tik Tok, namun para selebriti tanah air juga sering menggunakan aplikasi ini.

Antara selebriti yang sering menggunakan aplikasi ini adalah Syafie Naswip. Laman Instagram Syafie sering kali menjadi tempat Syafie mengongsikan rakaman Tik Tok yang mana rata-rata video perkongsiannya lucu dan mencuit hati. Pasti ada sahaja gelagat Syafie yang lawak dalam rakaman Tik Toknya.

Pelakon ini bukan sahaja bertiktok dengan selebriti yang lain seperti Didie Alias dan Reen Rahim, malah Syafie juga selesa untuk bertiktok secara solo ataupun bersendirian. Dan sudah tentu video Syafie pasti akan berjaya membuatkan para penonton geli hati.

Seperti yang Syafie kongsikan baru-baru menerusi akaun Instagram miliknya, video Tik Tok Syafie yang menggunakan ‘filter’ lucu yang menyebabkan wajahnya bertukar menjadi lucu itu sekali lagi menjadi sensasi buat para followersnya yang seramai 1Million itu.

Video pendek Tik Tok Syafie yang berdurasi hanya 15 saat itu nampaknya berjaya menghiburkan banyak pengguna Instagram. Menerusi video tersebut, Syafie kononnya sedang mencari kerja namun sesetengah ayat yang digunakan Syafie itu sukar difahami disebabkan oleh cara sebutan Syafie yang pelik.

https://www.instagram.com/tv/CVgJNRQgonK/?utm_source=ig_web_copy_link

Sudahlah ‘filter’ yang digunakan oleh Syafie itu membuatkan wajahnya menjadi herot, ditambah lagi dengan intonasi serta ayat yang lucu, siapalah yang tidak tertawa kan? Orang yang tengah stress pun boleh jadi ceria semasa melihat video perkongsian Syafie ini.

Walaupun posting Syafie ini baru dimuatnaik pada 9 jam yang lalu, namun posting ini sudah mendapat sebanyak 16,316 sukaan serta 64 komen.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Syafie yang mencuit hati. Caption Syafie yang berbunyi “ice lemon tea poleyyy” diakhiri dengan emoji ketawa.

Apa pandangan para pembaca pula? Mesti para pembaca pun terhibur dengan gelagat Syafie ni kan? Kalau terhibur maknanya tidak sia-sialah usaha Syafie untuk mencuit hati peminat. Boleh ikut Maharaja Lawak dah Syafie ni.

Sumber: Instagram Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!