“Pocong xde bajet, tangan tu xpakai glove mcm xde beza je” – Netizen

Hari demi hari k3s jangkitan C0vid19 di negara kita semakin meningkat dan masih belum menunjukkan pengurangan yang ketara. Beberapa selebriti tanah air juga tidak terlepas terkena jangkitan walaupun tidak mengalami sebarang gejala. Terkini pelakon dan usahawan Aeril Zafrel pula telah mengesahkan dirinya positif C0vid19 menerusi posting beliau di Instagram beberapa hari yang lalu.

Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Sunari berkata dirinya telah membuat kunjungan ke rumah pembantu peribadi beliau untuk menziarah kerana pembantu peribadinya itu kurang sihat.

Mereka berdua kemudiannya membuat keputusan untuk membuat ujian saringan C0vid19 di sebuah klinik swasta namun kemudiannya di maklumkan positif oleh pihak klinik.

Aeril berkata beliau mungkin dijangkiti virus Covid19 ketika menghantar pembantu peribadinya yang mengalami demam panas ke klinik.

Menurut Aeril, beliau tidak mengesyaki pembantu peribadinya itu dijangkiti C0vid19 kerana pembantu beliau itu hanya duduk dirumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dan kurang pasti bagaimana pembantunya mendapat virus berkenaan.

Aeril juga tidak mengalami sebarang gejala namun setelah beliau di sahkan terkena jangkitan C0vid19, beliau membuat keputusan untuk menjalani kuarantin sendiri di kediamannya sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Atas dasar rasa tanggungjawab, isterinya Wawa Zainal dan tiga orang anak mereka juga turut menjalani saringan. Berdasarkan keputusan ujian, isteri dan ketiga-tiga anak mereka negatif v1rus tersebut. Mengambil inisiatif tambahan Aeril juga turut menjalankan ujian saringan terhadap kesemua pekerja beliau.

Memuatnaik video tiktok di instagram menunjukkan isterinya Wawa memakai sut PPE buatan sendiri dengan menggunakan plastik sampah untuk masuk kebilik yang digunakan oleh Aeril menjalani kuarantin kendiri.

Setelah beberapa hari terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana menjalani kuarantin, Aeril berkata dapat melihat kelibat isterinya itu mengubat sebentar rasa rindu beliau terhadap keluarga.

Gelagat Wawa mengenakan sut plastik sampah tersebut bagaimanapun mencuri tumpuan para netizen yang berkata walaupun kasihan dengan keadaan yang menimpa keluarga Aeril namun terasa agak lucu pula melihat Wawa mengenakan sut tersebut.

Demi menjaga keselamatan ahli keluarga yang lain, netizen menegur Wawa yang tidak memakai sarung tangan semasa masuk ke bilik Aeril.

Rata-rata warga maya juga turut memberikan beberapa cara yang boleh diamalkan demi mengelakkan terkena jangkitan C0vid19 daripada ahli keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah. Netizen juga berkongsi beberapa pendapat mereka terhadap video yang dikongsikan oleh Aeril itu.

“Lepas ni pakaian bubuh dlm bakul n pakai glove ketika angkat utk dibasuh. Ini nasihat dr adik iparku nurse. Sy dh laluinya. In Sya Allah, tuan akan cepat sihat” – Netizen

“untuk adik2 semua, basuh baju dengan sabun, tidak mengapa kongsi mesin. Kemudian, pusingan kedua untuk bilas masukkan dettol. Jika tidak sempat, setelah selesai basuh, klik pada rinse n spin (masukkan dettol) n basuh sekali lg.

Nak basuh dgn air panas or di iron selepas itu pun boleh. Utk toilet, sentiasa buat sanitasi jika berkongsi. Termasuk tombol pintu atau mana2 sentuhan oleh peskit yg p0sitive.

Mungkin rasa terhina, tetapi apa boleh buat, kita perlu jaga diri bukan? Amalkan sop. Sentiasa memakai face shield n mask dan sarung tangan serta sarung kaki ketika membuat kerja2 pembersihan.

Jgn dekati ahli keluarga yg negatif sehingga selesai urusan. Berat bukan?. Bertabahlah. Bagi sy kekuatan seorg isteri pd suami yg sedia juang. Sis, respect u all” – Netizen

“haah kena pkai glove and asingkan basuh..kwn dia basuh sekali dgn baju husband dia..pastu dia pun kena skali +ve” – Netizen

“Aduhhh…knape x pakai glove skli…baru btul2 frontliners hspital…rindu ye dgn mak pocong…pocong pn pocong la…janji terlps rindu “ – Netizen

“Rasanye lebih baik wawa xmasuk dlm… Ape2 u letak kat luar je..” – Netizen

“Boss letak la bakul dekat sikit dgn pintu masuk tu kesian dia kena jalan” – Netizen

“tula nk ckp jgk td. harap2 wawa terus sabun tangan lps tu, sbb ada k3s kwsn cni dulu, wife cuma dtg ambik baju kotor je utk basuh then turns out positif jgk” – Netizen

Menurut Aeril ujian saringan itu adalah kali keempat yang telah beliau lakukan semenjak C0vid19 menular dalam negara. Beliau sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang terhadap keselamatan anak-anak yang masih kecil dan juga rasa tanggungjawab terhadap orang sekeliling.

Mudah-mudahan lima juta pengikut beliau di Instagram turut mendoakan kesihatan dan kesembuhan pelakon kesayangan mereka itu.

Sumber: ig aeril zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*