“Tandas DSV mcm ruang tamu rumah saya” – Netizen

Walaupun di landa pelbagai masalah peribadi namun Dato Vida masih meneruskan rutin harian beliau seperti biasa. Baru-baru ini bekas suami pertama Dato Vida telah muncul membuat tuntutan terhadap hak penjagaan anak-anak. Bagaimanapun k3s tersebut telah selesai apabila Dato Vida memenangi k3s tersebut apabila hak penjagaan Cik B dan Kacak berpihak kepada beliau.

Dato Vida mengucapkan rasa penuh kesyukuran kerana k3s tersebut berakhir dengan baik apabila anak-anak sendiri memilih untuk tinggal bersama beliau. Namun begitu k3s tidak terhenti disitu apabila bekas suaminya itu berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dan juga insuran arwh anak-anak mereka pula.

Meskipun dihimpit kontroversi mengenai kisah peribadi beliau namun Dato Vida masih lagi aktif dengan perniagaan beliau dan sering berkongsi aktiviti beliau di masa lapang bersama anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Dengan karakter beliau yang cukup ceria Dato Vida juga kerap kali memuatnaik video dan gambar terkini di media sosial untuk tatapan para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau.

Menjadikan medium media sosial sebagai platform utama beliau mempromosikan pelbagai produk jualannya, beliau juga tidak terkecuali mengikuti beberapa trend semasa yang tular dilakukan oleh warga maya terutamanya menerusi video di aplikasi tiktok.

Dato Vida juga tidak ketinggalan untuk turut serta membuat challenge yang sedang hangat di lakukan oleh warga maya. Menerusi Instagram beliau muatnaik sebuah video tiktok yang dilakukan di dalam tandas rumah beliau.

Menariknya tandas Dato Vida pula yang mencuri tumpuan kerana sangat luas dan mempunyai dekorasi yang mewah.

Gelagat Dato Vida mengetuk kamera berkali kali semasa bertiktok juga membuat netizen terhibur. Netizen meminta supaya Cik B dan Kacak untuk mengajar Dato Vida cara untuk merakamkan video tiktok dengan lebih menarik.

Disebalik video tiktok tersebut, netizen kagum melihat keluasan tandas peribadi dan cara Dato Vida menghias tandas miliknya. Dekorasi mewah yang dihiasi di ruangan tandas menyebabkan ada segelintir netizen menyifatkan tandas miliknya itu bagaikan ruang tamu di rumah mereka. Berikut dikongsikan beberapa komen Netizen terhadap video tiktok yang dimuatnaik oleh Dato Vida.

“Tandas dato macam ruang tamu umah saya” – Netizen

“Toilet DSV ada karpet weh” – Netizen

“Mak aii toilet merilap” – Netizen

“kalau saya dapat bilik air gitu sero xse tubik, paka tido make dale tu jah emm xperlu bilik dah” – Netizen

“Toilet cantik buat tiktok kat toilet pun selesa” – Netizen

“hmm kalau mcm ni punya toilet, 2 kali sehari pun xpe” – Netizen

“kalau tandas macam ni, nak berak pun rasa segan” – Netizen

Jika mampu untuk mempunyai rumah yang mewah dan besar sudah pasti tandas juga tidak akan terkecuali bukan. Buat Dato Vida yang sememangnya mampu untuk mendekorasi tandasnya dengan cara yang mewah pasti beliau mahu memiliki tandas yang cantik, selesa dan bersih untuk kegunaan peribadi beliau dan keluarga.

Sumber: ig datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*