“Takut daddy dia ambil sekali sedut habis” – Netizen

Pasangan pelakon, model dan usahawan terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumahtangga pada 2015. Hasil perkahwinan hampir 6 tahun itu mereka berdua dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Anak sulung mereka Yusuf terlebih dahulu mengumpul peminatnya tersendiri apabila akaun instagram kanak-kanak tersebut meraih sehingga 2.7 juta pengikut sejak di daftarkan. Diikuti pula oleh anak kedua mereka Alisa yang tidak kurang hebatnya apabila meraih sehingga 1.2 juta pengikut.

Kedua-dua kanak-kanak tersebut sentiasa meraih perhatian netizen dengan gelagat melucukan serta wajah mereka yang comel. Terdapat juga beberapa video Alisa yang begitu mencuit hati sehingga membuatkan netizen merasa geram dengan kepetahan kanak-kanak berkenaan bercakap.

Alisa yang dilahirkan pada bulan Mei 2019, baru sahaja menyambut hari jadinya bulan lepas dan kini Alisa sudah pun menginjak keusia 2 tahun serta semakin petah bercakap.

Alisa pasti akan mengekori sahaja kemana abangnya Yusuf Iskandar pergi. Kedua-dua beradik itu sangat akrab. Ibu bapa mereka juga sering berkongsi aktiviti adik beradik tersebut di instagram mereka berdua buat tatapan para peminat.

Terkini terdapat sebuah video baru dimuatnaik di instagram Alisa dimana memaparkan Alisa dan Yusuf diberikan produk keluaran ibu bapanya iaitu Toujours Advance yang merupakan produk makanan tambahan kanak-kanak.

Produk tersebut baik untuk penghadaman kanak-kanak kerana mengandungi sayur dan serat yang tinggi.

Ketika Alisa dan Yusuf sedang minum menggunakan pic4g4ri, Hairul terus menerpa kearah mereka untuk meminta anak-anaknya berkongsi dengannya. Niat Hairul tidak lain hanyalah untuk mengusik anak-anaknya.

Lebih mencuit hati apabila melihatkan gelagat Alisa yang dengan cepat terus menghabiskan cecair tersebut kerana tidak mahu berkongsi bersama bapanya.

Rata-rata para peminat mereka teruja melihat gelagat lucu serta kecomelan Alisa. Tambah membuatkan para peminat geram dengan Alisa kerana si cilik itu sangat pandai menjawab.

Walaupun kelam kebut menghabiskan cecair Toujours tersebut, sempat lagi Alisa jawab “Tak payah dah habis” kat daddy dia. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Panjang akal betul Alisa ni. Geram dengan wajah comel dan muka tak bersalah Alisa tak nak berkongsi dengan daddy dia tu. Sempat lagi jawab dah habis kat daddy dia.

Gelagat Alisa yang sangat mencuit hati membuatkan para pengikut tidak jemu mengikuti apa sahaja aktiviti yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka di media sosial.

Sumber : ig thealisaaisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!