Tak tahan diperli netizen edit smpai anak mata terkeluar, Uqasha dedahkn gmbar asal sblm disunting

Hubungan pasngan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan hangat setelah lamaran Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose menjadi tular beberapa bulan lalu. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

Pasngan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasngan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasngan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Perkahwinan pasngan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya hari ini dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau. Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel.

Menerusi Instagram, beliau memuatnaik beberapa keping gambar pra perkahwinan berkenaan. Busana serba putih lengkap dengan tiara di kepalanya membuatkan beliau tampak begitu jelita dan menerima pujian ramai.

Bagaimanapun, sekeping gambar beliau nampak tidak normal apabila gambar tersebut telah ditambah baik sehingga menyebabkan anak mata beliau tersembul keluar.

Uqasha yang menerima teguran netizen telah mengambil inisiatif untuk memuatnaik gambar asal tanpa di tambah baik bagi menjelaskan keadaan.

Tidak mahu memanjangkan keadaan, Uqasha bagaimanapun telah memuatnaik gambar asal sebagai membuktikan bahawa beliau tidak menggunakan aplikasi filter dan menambahbaik gambar berkenaan secara keterlaluan seperti yang didakwa oleh individu berkenaan.

Menurut Uqasha, beliau tidak menggunakan sebarang filter seperti yang didakwa oleh individu tersebut namun beliau berkata hanya menyerlahkan gambar tersebut di bahagian mata supaya warna kanta lekap yang dipakai oleh beliau menjadi lebih menyerlah dan tidak kelihatan gelap.

Uqasha turut mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan netizen yang telah menegurnya dan beliau mengambil maklum perkara berkenaan. Rata-rata netizen memberikan reaksi yang bercampur terhadap gambar Uqasha tersebut. Ada netizen yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya. Berikut dikongsikan dakwaan individu terbabit dan reaksi netizen terhadap gambar Uqasha berkenaan.

“biasa la klu shooting photografi professional pun edit pic ..nk bg cantik gambar kan n tak salah pkai filter mmg skang semua org mls make up pun dah ade filter make up kan ..ok la usha tertarik nk reply komen u tahniah “ – Netizen

“too much filter sampai mata terkeluar dari soket. hehe she’s pretty without filter, and i dont see ur comments mengecam pun. take it easy uqasha” – Netizen

“betul yg asli lebih cantik…cuma ayat tuh kena ubah sikit…jangan tegur macam Uqasha ni kawan awak…kalo saya pun terasa tegur public macam nih” – Netizen

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Tak ubah seperti puteri raja. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti.

Sumber: ig uqasha senrose2

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*