Tak tahan adik dikcam, Akhirnya kakak Intan Najuwa bersuara

Kakak kepada pelakon Intan Najuwa, Intan Najihaa tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen negaatif daripada netizen. Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya. Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.

Walau bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan.

Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.

“Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan.

“Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team.”acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.

“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit.

“Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.

“And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.”Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasaangan ni dan keluarga.

“Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus.”Doakan lah yang baik-baik untuk intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya,” tulisnya.

Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala tomahan terhadapnya.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, pada Ahad lalu.

Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Sementara itu, “DIA masih bujang dan bukan berstatus duda seperti tanggapan orang. Jarak usia 16 tahun juga bukan halangan untuk saya memilihnya sebagai calon suami,” kata pelakon Intan Najuwa Abd Wahid, 22, mengenai majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang berlangsung semalam.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Kekaasih Paksa Rela itu, dia dan Razrul bermula sebagai kawan kira-kira setahun lalu.

“Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga turut memahami agenda seni saya yang padat,” katanya.

Intan berkata, pada mulanya dia tidak merancang untuk mengadakan majlis pertunangan yang serentak dengan sambuutan ulang tahun kelahirannya yang ke 22 tahun.

“Selepas membawa si dia bertemu keluarga, mereka pun bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan kami.

Majlis berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat,”katanya.

Ditanya kenapa dia merahsiakan berita pertunangannya itu dari pihak media, Intan menafikannya.

“Jika berahsia, saya tidak akan memuat naik status dan gambar majlis pertunangan di Instagram. Saya mengadakan majlis pertunangan di Johor Bahru dan hanya untuk ahli keluarga terdekat.

“Insya-Allah, saya juga akan mengundang pihak media untuk majlis akad nikah dan resepsi yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan,” katanya.

Sumber : gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*