“Tak sangka ada raut wajah Che Ta pulak bila berbawal pink, adeee” – Elly Mazlein

Pelakon dan pengacara Elly Mazlein jarang sekali mengecewakan peminatnya. Ada sahaja gelagat lucu Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama panggilan Lina Pom pom ini yang menghiburkan para peminatnya. Tak kering gusi tatkala melihat posting video Lina Pompom di Instagramnya. Dari zaman awal remaja hinggalah kini,Lina Pompom sentiasa dikelilingi oeminat setianya.

Menerusi postingnya yang terbaru di Instagram, beliau memuatnaik satu foto bertudung bawal pink. Raut wajahnya saling tidak tumpah sama dengan kanak-kanak belasan tahun. Meskipun usia Lina Pompom sudah memasuki 40 tahun, beliau masih kekal awet muda.

Sementara itu, kapsyen beliau membuatkan netizen geli hati membacanya apabila beliau sendiri mengaku wajahnya sama seperti Rozita Che Wan apabila bertudung bawal warna pink.

Foto Lina Pompom yang dimuatnaik itu telah menerima hampir 50,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Rata-rata netizen juga memuji wajah comel Kak Lina yang seakan-akan mirip pelajar sekolah itu.

“Comel kak lina pakai bawal, muda. Ni kalau sekali pandang orang tak sangka kak lina dah ada anak”- Netizen

Untungnya Kak Lina Pompom kita, awet muda je dia dari dulu sampai sekarang. Saing-saing dengan Che Ta dah sekarang.

Sumber: Instagram iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!