“Tak Sanggup Hidup Berpura-Pura” – Noor Nabila

Kisah rumah tangga pasaangan Noor Nabila dan Sharnaaz kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan percraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Tidak mudah sebenarnya meluahkan segala yang terbuku di hati. Bimbang jika kenyataan diberikan mengusik perasaan insan lain. Apaatah lagi ketika ini kemelut rumahtangganya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad masih belum menemui titik penyelesaian. Namun akui Noor Nabila atau nama lengkapnya, Noor Nabila Mohd Nor, selepas hampir 2 tahun berjuang, dia tidak sanggup lagi hidup berpura-pura.

“Saya tidak mampu teruskan hidup seperti ini. saya juga manusia yang punya hati dan perasaan. Mujurlah ada anak Jebat Jaydeen yang menjadi peneman hidup. Sudah hampir 2 tahun kami tidak sebumbung, namun saya bersyukur dikurniakan anak yang perlu diberikan perhatian dan dibesarkan”. Begitulah penjelasan Nabila kepada pihak media.

Pasaangan itu mendirikan rumahtangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki Jebat Jayden  Ahmad yang kini berusia setahun. Keretakan rumahtangga pasaangan itu mula dihidu pada Februari lalu apabila Sharnaaz memuatnaik beberapa perkongsian di laman sosial yang memberi bayangan hubungan mereka sedang dilanda masalah.

Kisah rumahtangga mereka kembali diperkatakan apabila Nabila memuatnaik gambar mahkamah menerusi Instagram story pada 29 Ogos lalu. Nabila pada 3 September lalu membuat pengakuan sudah memfailkan pencraian terhadap Sharnaaz pada 27 Ogos lalu . Keputusan itu dibuat hasil keputusan bersama.

Walau apapun yang berlaku, cik KD nasihatkan…hidup mesti diteruskan dan percayalah bahawa ujian Allah swt mengikut kemampuan hambanya. Semoga Nabila dan Sharnaaz bersama-sama menjaga amanah yang dikurniakan,Jebat Jayden dengan penuh kasih sayang.

Sumber : Harian Metro dan Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*