“Tak sabarnya, novel dia lebat dengan airmata”- Netizen

Remy Ishak memuat naik satu drama baharu, ‘Jngan Menangis Cinta’ karya Siti Rosmizah. Sejumlah 6,845 ribu sukaan dan lebih 200 jumlah komen-komen peminat. Gandingan bersama Amyra Rosli lebih membuat penonton menarik minat dan tidak sabar untuk menonton drama tersebut. Didalam video tersebut memaparkan Remy mempunyai perempuan lain selain Amyra. Menambah lagi gelora penonton untuk menonton drama tersebut.

Amyra Rosli selalu bergandingan dengan suaminya sendiri, namun, ini yang kali kedua bergandingan dengan Remy Ishak. Ia tidak mencabar kerana bukan kali pertama digandingkan. Dan dia akan memberi sepenuhnya dalam menjayakan watak tersebut. “Semoga peminat dapat menerima kami berdua bersama”, katanya. Ibu kepada dua anak ini masih kekal cantik dan masih mendapat tawaran berlakon untuk menjadi watak utama.

Sebelum ini Remy Ishak yang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, K3kasih Rela P4ksa, dan masih segar filem Sangkar hingga merangkum gelaran Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik di FFM31. Serasi bergandingan dengan Mira Filzah sebelum ini, kini digandingkan dengan Amyra Rosli pula dek kerana bakat Amyra juga tiada kelem4han,jadi ia akan memberi hasil yang baik.

Amyra Rosli lebih popular menjadi watak utama bergandingan dengan suami sendiri, Amar Baharin. Tetapi kini sekali lagi dapat bergandingan dengan Remy Ishak satu penghargaan padanya.

Katanya lagi, dia sedikit gementar menjadi pasangan Remy Ishak ,tetapi sebaik boleh dia akan lakukan untuk menjayakan watak tersebut. Popular dgn drama Tersuka Tanpa Sengaja, Cemburu Seorang Wanita dan banyak lagi.

Terdahulu, mereka pernah bergandingan di dalam drama Ku Cinta Kau Seorang di Lestari TV3. Mungkin kerana keserasian mereka, muncul kembali drama terbaharu yang akan ditayangkan di kaca tv anda semua. Diharap mereka kembali serasi di dalam drama ini dan semoga menjadi drama yang diminati ramai.

Lama tidak berlakon, dapat kembali semula dengan drama baru. Remy mengakui, rezeki selepas berkahwin lebih tinggi dari sebelumnya.

Selepas mendapat tawaran lakonan, menang pula anugerah yang telah lama diidamkan. Ia suatu penghormatan yang besar dan ini adalah satu angan-angan yang dapat saya kecapi, katanya.

Drama diadaptasikan dari sebuah novel ke layar perak memberi satu cabaran kerana apabila dilakonkan pasti sedikit olahan dibuat. Tetapi, pasti kedua-dua pujaan peminat Remy dan Amyra berpuas hati dengan lakonan mereka yang menjiwai watak. Semoga terus berjaya buat mereka berdua. Dan jangan lupa saksikannya nanti.

Selain Remy Ishak, Amyra Rosli. Ramai lagi yang membintangi drama ‘Jangan Menangis Cinta’ ini. Arahan oleh Raja Mukhriz. Semoga drama ini mendapat tontonan yang ramai dan mendapat sambutan hangat.

Semoga mereka berdua sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta. Abg Remy, mesti tak sabar menimang cahaya mata ni ye. Kami doakan abg ye.

Sumber : IG remyishak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!