“Tak percaya Mira Filzah blh pegang watak jaahat mcm tu, selama ni selalu watak lembut je”- Netizen

Setiap pelakon yang memegang watak utama sememangnya perlu menjiwai dan menghayati watak yang dibawa dalam sesebuah drama dan filem. Apabila pelakon berjaya membawa watak yang dipegang itu, penonton akan mula menyukai drama atau filem tersebut sehingga menaikkan rating cerita berkenaan. Seperti contoh, pelakon Mira Filzah antara selebriti yang disukai ramai penonton lebih-lebih lagi apabila lakonannya berjaya memberi emosi kepada penonton.

Sebelum ini, Mira Filzah sering memegang watak yang lemah lembut menerusi beberapa drama. Kali ini, Mira diberi cabaran dengan memegang watak sebagai seorang wanita ps1ko menerusi drama berepisod The Hotel.

The Hotel merupakan drama yang menampilkan barisan pelakon seperti Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee dan ramai lagi. Drama tersebut sedang ditayangkan di saluran Astro sejak 15 September lalu.

Baru-baru ini, Pelakon Sean Lee berkongsi beberapa babak terbaru drama The Hotel menerusi Instagramnya. Babaknya bersama Mira Filzah membuatkan penonton ‘geram’ dengan sikap jahat Raisa, watak yang dipegang Mira Filzah.

Watak Raisa yang psiko itu buat pertama kalinya dipegang oleh Mira. Ramai penonton akui, masih tidak percaya dengan lakonan Mira dan berhasil membuatkan penonton emosi dengan watak tersebut.

Rata-rata netizen memberi komen berkenaan watak yang dipegang Mira Filzah menerusi posting yang dikongsi Sean di Instagramnya.

Posting Sean yang dimuatnaik sejak 10 jam lalu antara babak yang disukainya apabila berganding bersama Mira Filzah. Setakat ini, drama The Hotel telah memasuki episod 20.

“Umm raisa dah melampau, asal jadi macam ni, giila pulak si raisa ni”-Netizen

Jarang sekali tengok Mira Filzah berlakon jadi wanita psiko, takutnya.. Tapi, lakonan Mira Filzah dengan Sean memang mantap.

Sumber: Instagram Seanlje

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!